Frank Lampard akur dan mengakui bahawa pasukan Chelsea yang ada pada hari ini, masih jauh untuk menjadi pencabar kepada pasukan elit seperti Bayern Munich.
Chelsea tewas 0-3 di tangan Bayern dalam aksi pertama peringkat 16 akhir, Liga Juara Juara Eropahh di Stamford Bridge.
Dua gol daripada Serge Gnabry dan satu gol daripada Robert Lewandowski membuatkan Chelsea perlu mencipta keajaiban di Allianz Arena selepas pada 18 Mac akan datang.
Lampard menyatakan bahawa pasukannya masih terlalu muda dan mentah untuk beraksi berhadapan dengan pasukan seperti Bayern Munich.
Lampard berkata: “Ini pengajaran yang agak perit, kita sudah lama tidak berada di peringkat seperti ini, dan inilah realitnya.”
Frank Lampard: "It’s a harsh lesson. We haven’t been at this level for a long time and this is the reality. We need to use it as a positive. It may not feel it this evening but the players need to understand the levels you need when you get to the knockout stages." pic.twitter.com/UJVSwVgd0b
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) February 25, 2020
“Kadangkala kita harus berkata jujur, ini adalah persembahan yang teruk daripada kami.”
“Ini adalah Liga Juara Juara Eropah, dan kami tidak memberikan cabaran sebenar di peringkat kalah mati.”
“Kita memerlukan beberapa tahun lagi untuk berada setaraf dengan pasukan elit lain, inilah realiti yang harus kita telan.”
“Para pemain perlu menjadikan kekalahan ini dari sudut positif. Apa yang mereka harus lakukan adalah cuba memahami kualitu Liga Juara Juara Eropah pada peringkat ini.”
“Ramai pemain pada hari ini tidak pernah bermain di Liga Juara Juara Eropah – atau mungkin di Europa, ianya banyak sekali perbezaaan dengan beberapa tahun lalu. Di mana, [dahulu] di Chelsea kita, perlu bermain separuh akhir, di perlawanan akhir, dan memenanginya.”
https://twitter.com/iChelseaApp/status/1232456796301746176
Lampard enggan menyalahkan bahagian rekrut pemain Chelsea yang gagal mendapatkan pemain seperti yang beliau minta pada Januari lalu.
“Tiada gunanya untuk mengenang kembali perkara yang sudah berlaku, kerana fakta yang nyata sekarang, inilah kemampuan kita yang ada sekarang.”
“Sekarang ini, kita mahu menamatkan musim di empat teratas dalam liga, dan kemudian kita mahu memperkuatkan pasukan pada musim panas.”
“Kita juga masih ada tugasan untuk pergi ke Munich dan bermain dengan penuh rasa bangga – dalam beberapa minggu lagi.”
“Hari ini, menunjukkan bahawa, jelas sekali, kita perlu melakukan banyak kerja yang harus dilakukan. Itu yang saya rasa sejak hari pertama menggalas jawatan ini.”