Mohamed Salah bebas daripada hukuman kerana didakwa bermain telefon pintar ketika memandu.
Rakaman video itu tular di twitter sekitar Ogos, di mana Mohamed Salah dilihat sedang membelek telefon pintarnya ketika dikerumuni peminat.
Video itu dipercayai dirakam pada tarikh 12 Ogos selepas perlawanan menentang West Ham.
Liverpool mengesahkan yang polis ada menghubungi kelab mereka untuk menyiasat pemain itu. Namun kelab Liverpool tidak campur tangan dalam isu itu.
Ianya dianggap kes peribadi melibatkan Mohamed Salah dan pihak berkuasa. Walaubagaimanapun, Polis Merseyside mengesahkan yang tiada bukti kukuh Mohamed Salah bermain telefon ketika memandu.
Rakaman itu adalah ketika kereta berhenti dan tak ada bukti Mohamed Salah menggunakan telefon ketika kereta sedang berjalan. Kenyataan polis menyatakan:
“Kami boleh mengesahkan yang lelaki berusia 26 tahun itu disoal siasat kerana insiden berlau di susur Arkles di Liverpool pada Ahad 12 Ogos.”
“Inkuiri telah dilakukan dan tidak ada bukti mencukupi untuk menyokong pendakwaan. Jadi, tiada tindakan lanjut ajan diambil.”
“Lelaki itu (Salah) telah bercakap dengan pegawai kami, dan diberikan garis panduan khas tentan penggunaan telefon di dalam kenderaan.
Mohamed Salah musim lalu sangat fenomenal. Dan beliau menjadi pemenang kasut emas EPL. Beliau menjaringkan 44 gol keselurugan musim lalu.
Namun pada musim ini, Mohamed Salah agak bergelut dengan prestasi beliau. Namun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kekal tenang dengan situasi Mohamed Salah.