Memahami Konsep Rigid Dan Fluid Dalam Taktikal Bola Sepak

Kami menerima satu pertanyaan daripada pembaca kami tentang apakah maksud fluid dan apa pula maksud rigid di dalam taktikal.

Secara asasnya, 2 perkara itu adalah corak permainan sesebuah pasukan ataupun sifat pada taktikal mereka. Kita cuba fahami frasa itu terlebih dahulu.

1. Rigid

Rigid adalah merujuk kepada sesuatu yang statik. Jadi, dalam konsep taktikal bola sepak, ia merujuk kepada taktikal yang lebih statik dan langsung (direct),

Pemain akan berada di posisi mereka dan melakukan tugas yang asas. Misalnya, pemain sayap akan bergerak di bahagian sayap dan tugas mereka adalah untuk menghantar bola kepada pemain ‘target man’.

Oleh itu formasi 4-4-2 biasanya dikaiktan dengan sistem yang lebih rigid kerana kedudukan pemain yang berada di dalam kotak yang sudah ada tugas tertentu.

Jadi, kelemahan taktikal rigid ini adalah, mereka mudah dijangka (predictable) kurang animasi dan gerakan (motion) terutama sekali pemain yang tanpa bola.

Namun, ada pasukan yang sangat baik bermain dengan taktikal rigid ini kerana mereka memiliki pemain istimewa yang mampu memberikan output berkesan.

Misalnya pemain target man yang sukar untuk diatasi di udara walaupun sudah dikenakan kawalan secara ketat.

2. Fluid

Fluid merujuk kepada cecair. Jadi dalam bola sepak ia merujuk kepada taktikal yang cair dan sentiasa mengalir dan bergerak. Ada yang menggelar ia fleksibiliti dalam taktikal.

Pemain akan sentiasa bergerak dan bertukar-tukar peranan dalam keadaan dengan bola atau tanpa bola. Anda boleh rujuk taktikal seperti Manchester City, Liverpool, Napoli, Arsenal dan Barcelona sebagai contoh.

Di Manchester City mereka ada sistem bebas berlapan dan sistem bebas berlima Jurgen Klopp. Di bawah ini adalah contoh bagaimana fluiditi berlaku apabila Firmino menerima bola di kawasan lebih ke bawah.

Ada pasukan yang sangat cair di dalam gerakan mereka. Ada sesetengah pasukan fluditi mereka hanya medium ataupun rendah.

Unsur kecairan ini penting walaupun pasukan anda sedang bermain dalam taktikal yang lebih rigid. Ini kerana ada situasi memerlukan pemain bergerak dalam unit yang fluid.

Bola dialirkan dengan mudah di antara pemain ke pemain yang lain. Kita selalu cakap bahasa mudah, bola tak dimatikan. Lihat contoh di bawah ini:

Rumusan

Unsur rigid dan fluid itu boleh dinilai di dalam sistem permainan sesebuah pasukan dengan memfokuskan cara pemain bertukar peranan dan bergerak ketika dengan bola ataupun tanpa bola.

Barcelona musim ini bermain sistem yang dianggap lebih rigid, bukan bermaksud mereka tidak fluid, tetapi merujuk kepada ada kawalan disiplin yang lebih kuat terutama sekali ketika bertahan.

Pasukan seperti Atletico Madrid ada masanya bermain sangat fluid di atas ketika mereka mengaktifkan sistem no.10. Tetapi ia bukan bermaksud mereka tidak rigid ketika bertahan.

Jadi, 2 perkara ini memang akan ada di dalam sesebuah taktikal, cuma anda perlu faham tahapnya sama ada ia pada kadar tinggi, medium ataupun rendah. Anda juga boleh kelaskan ia kepada taktikal ketika bertahan dan ketika menyerang.

Ada pasukan yang fluid ketika bertahan dengan mengenakan tekanan di garisan tinggi di mana pemain bebas keluar daripada zon atau posisi mereka untuk menekan pembawa bola ataupun pemain lawan. Berlaku pertukaran posisi yang kerap dalam usaha mereka menekan pihak lawan.

Ada juga pasukan yang rigid ketika menekan lawan dengan mengenakan ‘hukum’ mudah seperti pemain sayap mengawal pemain bek sisi lawan. Pemain no.9 akan menekan penjaga gol lawan. Pemain bek tengah fokus kepada pemain no.9 lawan sama ada secara kawalan zonal ataupun kawalan ketat.

Tak semua pasukan yang mengenakan tekanan tinggi itu bermain fluid, ada tekanan tinggi itu sebenarnya sangat rigid dan menekan mengikut formasi dan zonal tetapi intensif.

Selalunya, semakin fluid sesebuah pasukan bermain, semakin cantik dan seronok untuk ditonton (watchable).

Luangkan masa anda melihat analisis ini. Manchester City pasukan yang fluid dan Manchester United lebih rigid dalam perlawanan ini.

Anda ada persoalan berkaitan dengan aspek taktikal dan teknikal dalam bola sepak? Hubungi kami menerusi FB messenger.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN