Kerajaan United Kingdom (UK) bakal mengeluarkan ‘Kertas Putih’ untuk menambah baik tadbir urus industri bola sepak di negara tersebut.
Ia dilaksanakan ekoran kontroversi penubuhan Liga Super Eropah pada April 2021 yang mendapat tentangan majoriti penyokong bola sepak, lantas mencadangkan agar ditubuhkan badan kawal selia bagi menghalang perkara tersebut berulang.
✍️ @premierleague Statement on Government Independent Regulator White Paper:
"We appreciate the Government’s commitment to protect the Premier League’s continued success". pic.twitter.com/QUU0ZtIcnS
— 💥 BlueCo Xtra 💙 (@Bluecoxtra) February 23, 2023
Badan bebas yang ditubuhkan itu akan diberi kuasa untuk memastikan ekosistem bola sepak UK sentiasa dilindungi.
Antaranya adalah dengan menguji kemampuan pemilik baharu dan memastikan kelab mampu beroperasi secara mampan.
Seterusnya menyelesaikan isu-isu yang berkaitan aliran kewangan bermula dari kelab Premier League dan seterusnya dalam sistem piramid bola sepak Inggeris.
Ia juga diberi kuasa untuk menghalang mana-mana kelab Inggeris daripada menyertai pertandingan yang tidak menepati kriteria pihak Persatuan Bola Sepak (FA) yang dilihat bakal memberi ancaman kepada aksi domestik.
Antara cadangan lain daripada kertas putih tersebut adalah menghalang daripada masalah kewangan berulang seperti yang berlaku pada kebanyakan kelab di England.
Premier league to become government-regulated as government releases white paper – https://t.co/pDyYoX3vaB#townflex pic.twitter.com/xrMNwmamzb
— Townflex (@townflexgh) February 23, 2023
Seterusnya memperkenalkan kuasa penyokong yang lebih besar dengan memberikan penyokong kuasa untuk menghalang pemilik menukar nama, lencana dan warna tradisi kelab.
Namun paling penting adalah memastikan pengagihan wang yang adil kepada semua kelab dalam sistem piramid boa sepak Inggeris bermula dari Premier League agar semua pihak mendapat manfaat yang sewajarnya.
Cadangan tersebut begaimanapun telah mendapat reaksi berbeza daripada pemain industri itu sendiri.
Pengurusan EPL dalam kenyataannya menyatakan pihaknya menghargai komitmen kerajaan untuk melindungi prestij liga paling popular di dunia itu dengan peraturan dan syarat yang ketat agar tidak merosakkan minat penyokong dan penaja terhadap sukan tersebut.
FA England dan EFL juga mengeluarkan nada yang sama dan berharap ia akan memberi manfaat kepada semua pihak bermula dari pemain, jurulatih, pengadil sehinggalah sukarelawan di peringkat akar umbi.
Namun pemilik bersama West Ham United, David Sullivan menyifatkan badan kawal selia ini hanya “menghabiskan beras” dan sekadar satu pembaziran kerana Premier League sudah pun terbukti sebagai liga paling berjaya di dunia.