Melihat Arsenal rai kemenangan umpama julang Champions League sangat memalukan, itulah pandangan legenda Tottenham Hotspur, Jamie O’Hara terhadap penyokong Arsenal.
Para penyokong Arsenal berpesta meraikan kejayaan mereka menewaskan Tottenham Hotspur dalam aksi North London derby malam semalam.
Bekas bintang Tottenham Hotspur, Jamie O’Hara mendakwa yang tindakan penyokong Arsenal berlebih-lebihan meraikan kemenangan mereka sangat memalukan.
Arsenal fans celebrating today’s North London Derby win outside the Emirates Stadium. [@now_arsenaI] #afc pic.twitter.com/K7WUFbxN0M
— afcstuff (@afcstuff) September 26, 2021
Beliau turut menegaskan yang para penyokong Gunners berpesta seolah-olah baru memenangi gelaran Champions League.
‘The Gunners’ hanya memerlukan 34 minit sahaja untuk mengaibkan Tottenham Hotspur dalam aksi saingan Premier League yang dilangsungkan di Emirates semalam.
Emile Smith Rowe, Pierre Emerick Aubameyang dan Bukayo Saka muncul sebagai penjaring gol untuk bantu Arsenal mencatatkan keputusan 3-1 menewaskan Spurs.
'Embarrassing' Arsenal fans told 'get a grip' for celebrating Tottenham win like the title #AFC #THFC https://t.co/h7V8tUx4FL
— talkSPORT (@talkSPORT) September 27, 2021
Ketika aksi babak pertama tamat, para penyokong Spurs sudah mula meninggalkan stadium dan ia berkemungkinan kerana mereka tak sanggup melihat pasukan kesayangan mereka dibelasah.
Mujur saja tiada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan oleh Arsenal pada aksi babak kedua permainan, sementara Son Heung Min menjaringkan gol saguhati Spurs pada minit ke-79 permainan.
Tidak cukup berpesta di dalam stadium, para penyokong Arsenal sambung kenduri di luar stadium dengan mereka benar-benar bergembira meraikan kemenangan ketiga berturut-turut Gunners dalam saingan Premier League.
Smith Rowe sendiri menganggap semalam merupakan hari paling indah dalam hidupnya dan hal yang sama turut dirasakan oleh para penyokong Arsenal.
😤 “Let’s get something straight right now! You have 9 points and you’re going on like Arsenal have just won the league!”
👀 “Arsenal have had the biggest fall from grace than any football club in the #PL!”
Jamie O’Hara tells #AFC fans to ‘get a grip!’ pic.twitter.com/DpXdZZcdQ8
— talkSPORT (@talkSPORT) September 27, 2021
O’Hara panas hati melihat kegembiraan penyokong Arsenal dengan beliau meminta agar mereka tidak terlalu gembira memandangkan kutipan mata kedua-dua pasukan setakat ini sama.
“Boleh tak kita betulkan sesuatu sekarang. Kamu kumpul sembilan mata, tapi kamu bersorak seolah kamu menang liga.”
Jelas O’Hara kepada talkSPORT Breakfast.
“Kamu menewaskan skuad Spurs yang tidak berprestasi dengan pengurus yang tidak menentu dan kamu meraikan kemenangan kamu seolah kamu memenangi Champions League. Ia sangat memalukan.”
“Kamu sedang melalui kejatuhan yang sangat teruk berbanding mana-mana pasukan lain dalam saingan Premier League.”
“Kamu sepatutnya bersaing dengan Man Utd untuk memenangi gelaran liga. Sekarang kamu tewaskan skuad Spurs yang sampah dan meraikan seolah menang Eropah. Sedarkan diri kamu penyokong Arsenal. Ia mengarut.”
🗣 Bukayo Saka on beating Tottenham: "I think we already knew how much it means to the fans, but it means as much to them as it does to us. When you see the crowd and everyone is cheering, that is how we feel. So it means everything to us."#Arsenal pic.twitter.com/MzM8Ck74wf
— Arsenal News Channel (@Arsenalnewschan) September 26, 2021
“Kamu pernah ada pemain seperti Emmanuel Petit, Vieira, Dennis Bergkamp, Thierry Henry. Kamu sepatutnya bantai pasukan yang berada di puncak saingan liga. Kamu sedang melalui kejatuhan yang sangat teruk.”
Dari kenyataan yang O’Hara keluarkan, beliau jelas cemburu dengan kejayaan Arsenal menewaskan Spurs malam semalam.
Satu hal yang pasti, memenangi perlawanan biasa dengan derby merupakan dua hal yang berbeza dan jelas sekali menang dalam perlawanan derby jauh lebih menyeronokkan.
Special day. For the fans. I love this team❤️ @Arsenal pic.twitter.com/mSXVbkXOO4
— Kieran Tierney (@kierantierney1) September 26, 2021
Walau sukar untuk beliau terima, namun itulah kenyataannya dan seandainya Spurs yang memenangi perlawanan semalam, para penyokong mereka juga tentunya akan turut sama berpesta.
Tidak dinafikan Arsenal sememangnya sebelum ini mengalami kejatuhan paling teruk dalam sejarah mereka, namun kini, Mikel Arteta berjaya membawa Gunners untuk mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Premier League.