Melaka United VS T-Team menyaksikan pasukan T-Team menang 2-1 di laman lawan. Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat mereka.
Separuh masa pertama
T-Team nyata pasakan lebih baik apabila berjaya mendapatkan peluan menjaringkan gol seawal minit ke-3 namun percubaan Mahmadou Samassa tidak berjaya.
Namun 2 minit kemudian, Samassa berjaya menjaringkan gol selepas Kamal Azizi melambungkan bola jauh untuk membolehkan beliau menjaringkan gol menerusi situasi 1 lawan 1.
Melaka United nyata pasukan kedua terbaik dalam perlawanan ini apabila banyak hantaran mereka mudah dipatahkan oleh pihak lawan.
Melaka United hampir menjaringkan gol menerusi Jeon Woo Young namun ia ditepis keluar oleh Izzudin Hussein.
Kesilapan Ilija Spasojevic yang tersilap menghantar bola ke pemain lawan dihukum oleh T-Team menerusi Farhod Tadjiyev yang menyudahkan hantaran lintang.
Norhakim Hassan hampir menggandakan jaringan namun Badrulzaman Halim berjaya menafikan beliau dari menjaringkan gol ketiga untuk pasukan pelawat.
Melaka United sedikit demi sedikit cuma menekan T-Team dengan bertubi-tubi asakan namun, percubaan dari Woo Young terkena tiang.
Selain itu, percubaan dari R. Surendran dan juga Spasojevic juga tidak berhasil.
Samassa juga hampir menjaringkan gol kedua peribadinya malam ini tetapi beliau gagal melakukan sentuhan sempurna hasil hantaran lintang Fakhurazi Musa.
Percubaan Khairu Azrin pada minit-minit terakhir permainan dari luar kotak penalti melewati palang gol.
Spasojevic juga gagal menjaringkan gol apabila tandukan beliau dari jarak 4 meter tersasar ke tepi gol.
Separuh masa kedua
Woo Young memulakan separuh masa kedua dengan rembatan cantik apabila gol beliau dari luar kotak penalti pada minit ke-47 memberikan gol untuk Melaka United untuk kembali ke perlawanan ini.
Spasojevic sekali lagi hampir untuk menjaringkan gol namun dari jarak 6 meter, beliau dinafikan oleh Izzudin apabila percubaannya dihalang.
Melaka United terus menekan pasukan lawan namun usaha-usaha mereka tidak berhasil. T-Team nyata ‘lemas’ dengan asakan pasukan tuan rumah.
Gerakan cantik tuan rumah pada minit ke-64 hampir disudahkan oleh Amri Yahyah, namun percubaanya tersasar dari gawang T-Team.
Pemain gantian Melaka United, Izzaq Faris Ramlan hampir menjaringkan gol pada minit ke-70 namun Izzudin berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Khair Jones hampir berjaya menyamakan kedudukan, namun rembatannya dari luar kotak penalti terus ke dakapan Izzudin.
Spasojevic terus mencari gol pertama beliau di Liga Super musim ini, namun tandukan beliau melambung tinggi melewati palang.
Serangan bertali arus Melaka United sekadar tidak membawa hasil. Hal ini kerana, mereka gagal menyempurnakan segala peluang yang ada.
Masa tambahan 5 minit digunakan sebaiknya oleh Melaka United untuk mencari jaringan, dan percubaan Izzaq hampir berjaya menemui jaringan namun tandukannya melewati palang.
Spasojevic hampir menjaringkan gol, namun beliau dihalang oleh pertahanan T-Team.
Keputusan penuh, Melaka United 1-2 T-Team.
Kesebelasan utama:
Melaka United: Badrulzaman Halim (penjaga gol), Syed Sobri, Godwin Antwi, G. Puaneswaran, Khair Jones, Khuzaimi Piee, R. Surendran, Khairu Azrin, Jeon Woo Young, Ilija Spasojevic (kapten), Amri Yahyah
T-Team: Izzudin Hussein (penjaga gol), Kamal Azizi, Abdoulaye Maiga, Hasbullah Awang (kapten), Wan Amirzafran, Arif Ismail, Dilshod Sharofetdinov, Fakhurazi Musa, Farhod Tadjiyev, Mahmadou Samassa, Norhakim Hassan
Baca juga: Profiliknya PKNS Dalam 2 Perlawanan Terakhir! Langkah Besar Buat Pasukan Dark Horse