Melaka United Terpaksa Jumpa Terengganu FC Tanpa Khidmat Liridon Krasniqi

Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengesahkan tonggak tengah import pasukannya, Liridon Krasniqi tidak dapat beraksi dalam perlawanan Liga Super bertemu Terengganu FC malam esok akibat kecederaan.

Menurut laporan daripada Berita Harian, tempat pemain dari Kosovo itu akan digantikan oleh bekas pemain tengah Selangor, Saiful Ridzuan Selamat. Liridon disahkan mengalami kecederaan ketika bertemu Kuala Lumpur (KL) di Stadium Hang Jebat, minggu lalu.

Zainal berkata, pemain terbabit perlu mengambil sedikit masa untuk pulih dan yakin Saiful mampu membentuk persefahaman yang baik bersama pemain berpengalaman Safiq Rahim dan Darko Markovic.

“TFC diakui pasukan yang matang berdasarkan rekod persembahan sebelum ini, tambahan aksi berlangsung di laman mereka. Justeru sudah pasti skuad terbabit mahu merekodkan kemenangan.

“Namun kejayaan mengatasi KL 2-0 minggu lalu jelas bekalan terbaik buat kami mengintai mata maksimum walaupun menyedari tuan rumah berusaha keras menyekat kemaraan skuad Hijau Putih,” katanya.

Kesebelasan utama Melaka United. FOTO: MUSA

Skuad Penyu yang kini berada di kedudukan pertengahan liga dengan 6 mata selepas 5 perlawanan sudah pasti mahukan kemenangan di tempat sendiri bagi mengejar kelompok teratas Liga Super.

Sementara itu, Zainal tidak mahu pasukannya kehilangan mata lagi walaupun sedar Terengganu FC bukan lawan yang mudah apatah lagi mereka mempunyai kelebihan di halaman sendiri.

“3 mata amat penting untuk menduduki kelompok di atas selepas kita hilang 2 mata ketika menentang Pahang dan 3 mata menentang JDT dan sekembalinya kita mengutip mata ke atas Kuala Lumpur minggu lalu memberi ‘level confident’ untuk mengejar kelompok teratas liga.

“walaubagaimanapun para pemain telah berusaha dan menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit dan saya tahu mereka boleh pergi lebih jauh dari ini,” jelasnya.

Zainal juga lega semua pemain lain bebas daripada sebarang kecederaan termasuk Ahmad Khuzaimee Piee yang pengsan terkena bola ketika berdepan PKNS FC tiga minggu lalu.

Perkembangan itu memberi banyak pilihan buatnya untuk menyenaraikan barisan terbaik dalam perlawanan yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN