Sejak dari beberapa ketika, kita sering mendengar spekulasi yang mengatakan pemain import Melaka United (MU) iaitu Ilija Spasojeivc bakal disingkirkan akibat prestasi yang tidak begitu baik musim ini.
Namun selepas kekalahan memilukan MU ditangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin semalam, pengurusan MU merasakan masanya sudah tiba untuk mereka menyingkirkan para pemain import mereka.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Larkin itu, JDT menang 7-0 dengan Safiq Rahim mencipta hatrik.
Kecewa
Menurut laporan Berita Harian, pengurus MU Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan yang kesemua pemain import MU mungkin disingkirkan jika terus beraksi hambar.
Ya, kami tidak maksudkan Spasojevic sahaja – malah kini kesemua pemain import MU bakal disingkirkan.
Selain Spasojevic, Sergio Aguero, Godwin Antwi serta Jeon Woo Young dalam radar bakal disingkirkan oleh MU jika aksi hambar terus dipersembahkan.
Malah Eric Williams juga bakal disingkirkan andai beliau tidak berjaya memperbaiki prestasi pasukan dengan mengenakan taktikal yang bersesuaian dengan pasukan.
“Saya terkejut dengan persembahan para pemain import MU yang beraksi tidak baik ketika menentang JDT.”
“Keputusan yang dicatat di Larkin jelas menunjukkan prestasi mereka di luar jangkaan malah mengecewakan.”
Untuk rekod, perlawanan menentang JDT merupakan perlawanan pertama MU menurunkan kesemua pemain import serentak selepas terdapat beberapa pemain yang mengalami kecederaan.
Sebelum ini, 3 pemain import MU telah pun diberikan amaran bakal disingkirkan andai tidak berjaya meningkatkan prestasi mereka.
Selepas ditewaskan JDT, MU kini ditanggkan ke-10 Liga Super dengan 8 mata dari 9 perlawanan.
Baca juga: Penyerang Muda Singapura Sahil Suhaimi Kejar Impian EPL, Sertai Sesi Pemilihan Burnley