Melaka United Sasar Satu Piala Pada Musim Depan

Skuad Melaka United tampak lebih serius untuk memburu  kejayaan yang lebih gemilang dalam saingan Liga Malaysia 2019 apabila membawa masuk beberapa pemain berpengalaman termasuk bekas kapten JDT, Safiq Rahim bagi memperkuatkan pasukan itu.

Selain itu, mereka turut menandatangani bekas kapten Selangor, Mohd Razman Roslan  dan bekas kapten FELDA United, Shukor Adan serta lima lagi pemain iaitu bekas pemain Perak, Mohd Nazrin Mohd Nawi; R. Gopinathan (JDT), Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman (Felda United), Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor) dan Mohd Raimi Md Nor (Pulau Pinang).

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari berkata kepada utusan malaysia, kemasukan pemain berkualiti membolehkan skuad yang mendapat sentuhan Zainal Abidin Hassan itu memberi saingan sengit kepada pasukan kuat musim depan.

“Usaha ini sekali gus diharap dapat menyaingi lawan dalam aksi Liga Super musim depan. Inisiatif ini membuktikan kita cuba sedaya upaya menyediakan pasukan terbaik daripada awal lagi menerusi perbincangan bersama pihak pengurusan dan saya amat berbesar hati dengan kesanggupan mereka bersama Melaka United.

“Kita yakin dengan kredibiliti ketua jurulatih bersama barisan kejurulatihan dan senarai pemain yang ada, kita mampu membentuk pasukan mantap serta mampu memberi tentangan kepada lawan nanti,” katanya pada sidang akhbar.

Barisan pemain baharu Melaka United. FOTO: MUSA

Sasar sekurang-kurangnya satu piala

Sementara itu, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi yakin dengan kemampuan pemain baharu ini bagi mencapai sasaran awal sekurang-kurangnya menduduki kelompok empat pasukan terbaik dalam kempen Liga Super.

“Dengan kemampuan pasukan yang agak kuat ini, kita juga berhasrat untuk cuba mencapai (merangkul) sekurang-kurangnya satu piala sama ada Piala FA atau Piala Malaysia musim 2019,” katanya.

Katanya barisan pemain import akan diumumkan kemudian selepas mereka memuktamadkan barisan pemain tempatan yang akan dibawa masuk mewakili skuad Hang Tuah.

“Pada masa ini, kita melengkapkan dahulu senarai pemain tempatan dan bagi pemain import barisan kejurulatihan masih menilai pemain yang akan dibawa masuk kerana kita mahu pemain lebih baik serta berkualiti yang mampu membantu pasukan,” katanya.

Terdahulu Melaka United mengekalkan empat pemain musim lepas iaitu Nurshamil Abd Ghani, Mohamad Faris Shah Mohd Rosli, Mohd Faizal Muhammad dan Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara enam pemain lain yang dibawa masuk untuk musim depan ialah Muhamad Zharif Md Desa, Ahmad Khuzaimi Piee, S. Deevan, M. Kavishkumar, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Wong Tse Yang dan Mohammad Nor Ubaidullah Abd Rahman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN