Melaka United Sambar ‘Messi’ Terengganu, Perak Ikat Partiban

Skuad Terengganu FC kemungkinan tidak dapat menggunakan khidmat bintang muda mereka, Faiz Nasir atau digelar ‘Messi ganu’ dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Terdapat khabar angin di media sosial mengatakan pemain yang berusia 26 tahun itu akan berhijrah menyertai pasukan Melaka United yang bakal dikendalikan oleh jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan.

Malah, ibu kepada pemain tersebut, Hasnimemilia turut memuat naik gambar Faiz Nasir di laman instagramnya dan mengumumkan anaknya itu bakal berkelana ke Melaka dengan meletakkan hashtag #MELAKAUNITEDFC2019 

Namun, setakat ini masih belum ada pengumuman rasmi daripada Melaka United dan mereka dijangka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Pemain bertubuh kecil dan lincah ini sering memberi masalah kepada pertahanan lawan dan merupakan ayam tambatan Terengganu FC musim ini. Beliau juga berjaya membantu pasukannya muncul sebagai naib juara Piala Malaysia minggu lalu.

Minggu lalu, ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim membuat pendedahan kepada media tempatan, 4 pemain utama skuad itu telah dipancing oleh pasukan lain sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan Faiz Nasir ke pasukan lain.

Semalam, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengumumkan mereka telah menandatangani seorang lagi tonggak Terengganu FC, iaitu J. Partiban bagi menguatkan barisan serangan Perak musim depan.

Partiban yang beraksi di posisi sayap kiri itu merupakan anak kelahiran Perak dan pernah beraksi untuk pasukan negerinya. Beliau kembali semula setelah 4 tahun beraksi dengan pasukan lain.

Ketiadaan Faiz Nasir dan Partiban dalam skuad Terengganu FC memberi peluang kepada Irfan Bakti untuk memancing pemain import berkualiti dan beberapa pemain tempatan berada dalam radar pasukan itu.

“Selepas aksi cemerlang tahun ini, ramai pemain utama dipancing tapi saya tak ambil pusing kerana tidak ada pemain mahupun jurulatih akan kekal dalam bola sepak.

“Peminat TFC jangan berasa kecewa kalau ada pemain yang kami mahu kekal, namun tidak mampu menyaingi tawaran pasukan lain yang lebih lumayan,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN