Melaka United Pertaruhkan Pemain Baharu Dan Berpengalaman

Melaka United dilihat boleh dikatakan di antara pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang begitu aktif dalam membuat persiapan pasukan untuk menghadapi saingan musim hadapan. Dalam tempoh beberapa minggu ini, mereka sudah pun mengumumkan kemasukan pemain-pemain baharu.

Pada Jumaat, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) turut memeterai perjanjian penajaan bersama syarikat pengeluar barangan sukan terkemuka, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd selama dua musim yang menyaksikan Melaka United akan menggunakan jenama AL sebagai jersi pasukan.

Bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan pula terus diberi kepercayaan untuk membimbing pasukan berkenaan untuk satu musim lagi dan sudah tentu beliau telah diberikan sasaran yang realistik untuk dicapai.

Memetik laporan Bernama, Zainal mengatakan, beliau percaya gandingan pemain baharu dan lama yang dibentuk mampu menyaingi pasukan lain terutama dalam saingan Liga Super dan sekaligus memperbaiki pencapaian menduduki tangga keenam pada musim ini.

Sekalipun hala tuju pasukan kini tertumpu kepada langkah penjimatan dan melatakkan bajet perbelanjaan yang rendah, skuad Sang Kancil itu sudah pun memiliki 26 pemain di dalam senarai pasukan dan dijangka memulakan latihan rasmi bermula pada minggu hadapan.

Kredit Foto: Melaka United Soccer Association – MUSA

Zainal diberikan kuasa penuh untuk memilih pemain-pemain baharu yang beliau yakin mempunyai potensi dan pengalaman bersesuaian dengan bajet yang diperuntukkan oleh pihak pengurusan.

“Setakat ini tidak ada pemain yang melebihi bajet, namun dalam setiap posisi ada kelebihan satu pemain yang mempunyai kekuatan sama, jika digantung atau menerima kad kuning, kita tidak perlu risau kerana mereka mampu mengantikan posisi berkenaan.

“Paling penting kini, ialah bagaimana kita mahu ‘mencantumkan’ mereka, mencari keserasian sebagai sebuah pasukan dan saya percaya dengan persiapan rapi dilakukan, serta kebajikan pemain dijaga pasukan ini berada dalam tahap terbaik,” ujar jurulatih berusia 58 tahun itu.

Sementara itu, Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li yang ditemui selepas majlis menandatangani kontrak penajaan tersebut memaklumkan, pihaknya berterima kasih kepada pihak Al-Ikhsan yang sudi memberikan penajaan penuh yang turut melibatkan skuad bawah 21 tahun (B-21), B-19, B-17, pasukan wanita serta skuad futsal lelaki dan wanita.

“Pihak persatuan cukup berbangga apabila jenama terkemuka yang pernah menaja pasukan-pasukan besar lain di Liga Malaysia memilih Melaka United, antara pasukan yang menerima tajaan jersi Al-Ikhsan.

“Kita percaya kualiti yang dimiliki juga mampu menyumbang kepada kejayaan sesebuah pasukan dan tidak mustahil membantu serta memacu kejayaan skuad ini dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN