Adakah Melaka United Melancarkan Perang ‘Banter’ Terhadap JDT?

Dalam bola sepak, adalah perkara normal untuk kita saling ‘bahan’ atau melakukan banter terhadap pasukan lawan.

Ia sering dilakukan oleh para peminat lazimnya, namun dalam bola sepak moden kini ia sudah seperti perkara biasa bagi pasukan media bagi mana-mana pasukan untuk turut melakukannya juga.

Contohnya laman Twitter pasukan-pasukan dari Bundesliga sering menghasilkan banter yang cukup menarik dan lazimnya kelakar kepada pasukan lawan mereka atau kepada peminat.

Melaka United banter dengan JDT?

Di Malaysia, pasukan-pasukan seperti dan JDT dan Kedah sering menjadi pasukan yang kerap memuat naik kata-kata semangat di laman rasmi mereka.

Ia memberikan pelbagai makna, sama ada ia memang ditujukan kepada pasukan atau ditujukan secara umum kepada peminat mereka.

Terbaharu, pasukan Melaka United juga turut menyertai trend ini.

Mereka hari ini memuat naik gambar yang terturut ayat “passion beats talent” yang bermaksud “semangat mengatasi bakat”.

Ia seolah ditujukan kepada pasukan JDT sebagai banter kerana dalam gambar tersebut hanya muka pemain import mereka iaitu Jeon Woo-Young.

Pemain tersebut merupakan wira Melaka United ketika menentang JDT tempoh hari apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan.

Bagi kami, ia merupakan satu perkara positif yang dialuk-alukan dalam bola sepak Malaysia. Banter sebegini tidak lebih dari memeriahkan bola sepak Malaysia itu sendiri.

Asalkan ia tidak berlebihan, ia bukan sekadar memeriahkan tetapi merapatkan lagi hubungan antara 2 pasukan.

Baca juga: 3 Tips Untuk Bina ‘Winning Team’ Menurut Buku ‘Leading’ Tulisan Sir Alex Ferguson

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN