Melaka United Mahu Jadikan Pemain Muda Prospek Masa Depan

Tidak mahu dilihat sebagai pasukan yang mengumpul ‘kuda tua’, Melaka United mengambil pendekatan untuk mendapatkan pemain-pemain muda bagi menyertai pasukan itu sebagai persediaan untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.

Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan dalam temubualnya bersama Bernama memaklumkan, pasukan itu sedang mengenal pasti pemain muda yang berpotensi untuk diserap ke dalam pasukannya yang kini sedang diuji dalam sesi latihan yang berlangsung sejak minggu lepas.

“Kebanyakannya adalah pemain kelahiran negeri ini dan kita akan memilih dua hingga tiga pemain untuk mengisi tempat tersebut.

“Mereka juga perlu diberikan ruang lebih luas untuk beraksi serta mencari pengalaman, selain penting untuk masa depan sebagai pelapis pasukan ini.”

Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan itu memaklumkan skuad Sang Kancil mampu meraih pencapaian lebih baik pada musim depan memandangkan persiapan pasukannya kini berada di tahap yang terbaik.

Dengan senarai pemain yang sudah pun hampir lengkap, beliau percaya keseimbangan antara pemain muda dan pemain berpengalaman akan memberikan nilai tambah buat pasukan tersebut.

“Pemain-pemain telah turun berlatih sejak minggu lepas, cuma beberapa pemain import masih belum hadir melapor diri dan telah mendapat kebenaran. Dengan pemain yang ada untuk musim 2020, saya yakin pasukan ini mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Melaka United pada Khamis telah mengumumkan penyertaan dua pemain tempatan baharu iaitu Jasmir Mehat dan Lee Yong Cheng yang kedua-duanya merupakan bekas pemain Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) FC yang beraksi di Liga M3 pada musim ini.

Jasmir Mehat yang berusia 25 tahun merupakan bekas pemain Melaka United yang membantu pasukan tersebut menjuarai Liga FAM pada 2015 dan seterusnya Liga Premier pada 2016.

Kredit Foto: Melaka United SA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN