Melaka United Ikat Mohammad Ghaddar, Marko Simic Tak Disambung Kontrak

Melaka United beruntung kerana berjaya melepaskan diri dari terjerumus ke saingan Liga Perdana 2018 selepas mengharungi musim sukar pada penampilan pertama di Liga Super sejak 2007.

Ternyata keputusan yang kurang memberangsangkan itu memberi pengajaran buat mereka untuk merancang musim dengan lebih baik untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik pada musim akan datang.

Perancangan awal telah pun dilakukan, dengan pihak Melaka United telah memanjangkan kontrak ketua jurulatih mereka iaitu Eduardo Almeida dengan lanjutan kontrak selama 2 tahun.

Ghaddar ke Hang Jebat

Perancangan rapi kini giat dilakukan oleh pasukan Melaka United dalam usaha mereka memperoleh kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.

Menurut Berita Harian, Melaka United bakal membawa penyerang sensasi Liga Malaysia iaitu Mohammad Ghaddar dari JDT sebagai teraju utama di bahagian serangan mereka.

Berita ini pastinya memberikan khabar gembira buat peminat mereka memandangkan Ghaddar merupakan seorang pemain yang dikenali sebagai penyerang cukup berjaya di Liga Malaysia.

Namun begitu, 3 pemain import mereka tidak akan bersama juara Liga Perdana 2016 itu pada musim hadapan.

Marko Simic, Jasmin Mecinovic dan juga Felipe De Souza tidak akan disambung kontrak dan akan dilepaskan.

Sementara pemain pertahanan iaitu Jeon Yoo Woung akan terus dikekalkan bagi saingan musim 2018.

Jadi, nama Ghaddar dan Yoo Woung telah pun didedahkan. Siapakah 2 lagi pemain import yang bakal menyertai Melaka United? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN