Melaka United Mampu Beri Igauan Ngeri Di Saingan A1 Semi-Pro

Melaka United secara rasminya sudah pun memperkenalkan barisan pemain mereka pada musim ini bagi mengharungi aksi Liga A1 Semi-Pro dengan beberapa muka baharu antara mencuri tumpuan.

Lebih menarik, pasukan tersebut juga memulakan saingan liga dengan mencipta kemenangan besar 4-1 ketika mengatasi cabaran PIB Shah Alam untuk menghuni di tangga kedua kini.

Empat jaringan Melaka United ketika itu diledak oleh bekas pemain Malaysia iaitu Nasir Basharudin, penyerang import baharu mereka, Fuseini Issah, serta masing-masing satu gol melalui Azim Rahim bersama Nizarudin Jazi.

Bawah kendalian K. Devan, beberapa rombakan telah dibuat pasukan itu dalam usaha untuk menjadi lebih baik berbanding pada tahun lalu di segenap aspek.

Sentuhan pengendali ini tidak boleh dipandang ringan apabil beliau sudah pun mencipta pelbagai kejayaan di pentas Liga Super suatu ketika bersama banyak pasukan termasuk Negeri Sembilan dan Selangor.

Memasuki musim pertama bersama Melaka United, pastinya percaturan taktikal jurulatih ini ditagih untuk memperkemaskan pasukan tersebut di segenap posisi.

Melihat kepada senarai pemain, tiga penjaga gol utama telah diperkenalkan dan tumpuan pastinya diberikan kepada T. Shaheeswaran yang mencipta karier bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II), sebelum menyertai Negeri Sembilan serta Perak.

Dua lagi penjaga gol mereka musim ini ialah Solehin Mamat serta Ameerul Eqhwan yang masing-masing memiliki kelebihan untuk disenaraikan K. Devan pada aksi hadapan kelak.

Beralih ke posisi pertahanan, sembilan pemain sah ditandatangani pasukan tersebut musim ini dengan tumpuan terarah kepada Haziq Puad serta Zulkhairi Zulkeply yang mempunyai pengalaman luas terdahulu di pentas Liga Super.

Memasuki jentera tengah, 10 pemain telah diperkenalkan Melaka United dengan Nasir Basharudin serta tonggak import terbaharu iaitu Michael Ozor dijangka bakal menjadi nadi utama pasukan itu.

Nama pemain lain seperti Nizaruddin Jazi, Royyizat Daud, Fakhrullah Rosli antara bakal memberikan impak tersendiri buat pasukan tersebut musim ini.

Posisi serangan antara paling menarik untuk diperkatakan kerana Melaka United berjaya menandatangani penjaring terbanyak musim lalu iaitu Azim Rahim.

Azim juga telah pun membuka akaun jaringan sulung beliau pada aksi pertama lalu dengan kualiti permainan ditampilkan cukup baik selain penyerang import baharu, Fuseini Issah.

Adakah Melaka United kini sedang membuat persediaan rapi untuk kembali bersaing dalam kejohanan Liga Super pada saingan musim hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN