Quantcast

BERITA

Melaka United Ikat Pemain Kebangsaan Singapura, Shahdan Sulaiman

Pasukan dari selatan, Melaka United mengumumkan kemasukan pemain dari Singapura, Shahdan Sulaiman bagi melengkapkan kuota pemain import ASEAN untuk mengadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Majlis menandatangani kontrak bersama pemain itu telah diadakan di Bilik Media MUSA dan disaksikan oleh Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff B Mahadi dan Setiausaha Agung MUSA, Encik Noor Azman Hj Rahman.

Pengalaman luas yang dimiliki oleh bekas pemain kelab Tampines Rovers ini menjadi sandaran Melaka United untuk memperkuatkan jentera tengah dalam saingan di Liga Super 2018.

Melaka United ingin mengucapkan selamat datang kepada pemain Singapura, Shahdan Sulaiman yang telah melengkapkan kuota…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Monday, December 25, 2017

Shahdan pernah beraksi dalam saingan Liga Super ketika mewakili pasukan Lions XII pada tahun 2012 dan menjaringkan 8 gol dalam 25 penampilan bersama pasukan itu.

Pemain yang berusia 29 tahun ini juga sudah mewakili skuad kebangsaan Singapore sejak tahun 2010 dan mempunyai 51 caps di peringkat antarabangsa sekaligus melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh FMLLP iaitu sekurang-sekurangnya 30 caps untuk pemain import ASEAN.

Melaka United sebelum ini telah menguji 2 lagi pemain dari Singapura iaitu Hafiz Sujad dan Faris Ramli.  Walaubagaimanapun, mereka berdua tidak terpilih untuk menyarung jersi Melaka United musim depan.

Menurut Yusoff Mahadi, Melaka sudah pun memiliki pemain lain yang bermain di posisi yang sama dengan kedua-dua pemain itu.

“Saya akui kedua-dua pemain ini memang bagus dan kebanyakan penyokong Melaka pun puji aksi Faris dan Hafiz ketika menentang UKM FC yang mana kedua-duanya turut menjaringkan gol.

“Tapi mereka ini (Faris dan Hafiz) lebih kepada pemain sayap yang mana kita sudah ada empat pemain.

“Jadi, kami terpaksa melupakan hasrat mengikat kedua-dua pemain ini untuk kuota Asean kami kerana kita lebih berminat mendapatkan pemain tengah,” katanya kepada Sinar Harian.

Faris Ramli berjaya memikat hati penyokong Melaka United apabila menjaringkan 2 gol ketika aksi persahabatan menentang UKM FC minggu lepas.

Hafiz Sujad yang sudah menjalani sesi pemilihan beberapa hari lalu, turut menjaringkan 1 gol dan sempat beraksi ketika perlawanan persahabatan di antara Melaka United menentang Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun.

Dengan kehadiran Shahdan Sulaiman, ini bermakna Melaka United hampir melengkapkan semua kuota pemain import mereka selepas mengikat pemain dari Korea Selatan, Jeon Woo-Young, dua pemain dari eropah iaitu Steven Thicot, Thiago Gomes.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!