Penurunan Harga Tiket Jelas Tingkatkan Kehadiran Penyokong Melaka United

Melaka United memulakan saingan Liga Super 2019 (MSL2019) dengan cukup baik apabila mereka berjaya meraih 3 mata pertama menentang pendatang baharu liga – PJ City.

2 kemenangan diperoleh pasukan Melaka United pada Sabtu lalu. Pertama ianyalah mereka peroleh 3 mata dan kedua adalah kehadiran penyokong di stadium jelas meningkat.

Menurut Berita Harian, keputusan pihak Melaka United Soccer Association (MUSA) untuk menurunkan harga tiket jelas memberikan kesan positif kepada kehadiran penyokong di Stadium Hang Jebat.

Jumlah kehadiran yang cukup positif itu memberikan lebih kemeriahan kepada stadium dengan pasukan yang kini sudah dibarisi dengan pemain handalan seperti Liridon Krasniqi, Safiq Rahim dan juga Shukor Adan.

Pada musim lalu, pihak MUSA menetapkan harga sebanyak RM20 untuk tiket di tempat duduk berbumbung dan RM15 untuk kawasan terbuka.

Namun pada musim ini, mereka telah menetapkan kadar RM15 untuk tempat duduk berbumbung dan RM10 untuk kawasan terbuka.

Menurut penolong pengurus pasukan, Yuhaizad Abdullah beliau mengatakan yang kehadiran akan terus meningkat sekiranya pasukan terus konsisten mencatatkan kejuaraan.

“Kami yakin yang stadium bakal dipenuhi lebih ramai penyokong jika skuad ini berjaya menewaskan PKNS FC di tempat lawan selepas ini.”

Gambar: Melaka United

Walaupun begitu, Yuhaizad tetap mendambakan kehadiran yang memberangsangkan oleh para penyokong di Stadium Hang Jebat tidak kira bagaimana pun keputusan yang diperoleh.

Melaka United menang ke atas PJ City hasil dengan jaringan 2-1. Gol dihasilkan oleh Liridon dan Casegrande.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN