Melaka United Dapat Dana RM20 Juta, Sasar Kedudukan 3 Terbaik Liga Super

Dana sebanyak RM20 juta yang bakal diperuntukkan buat Melaka United pada musim hadapan dilihat menjadikan pasukan tersebut sebagai salah satu ancaman besar bagi kelab-kelab lain dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Dengan dana sebesar itu pasukan Melaka dijangka bakal membawa masuk beberapa pemain berstatus bintang termasuk pemain import yang kuat dalam merancakkan persiapan pra-musim kali ini.

Datuk Seri Justin Lim selaku pemilik Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) berkata, dana yang diperuntukkan kali ini meningkat berbanding musim lalu demi memastikan pasukan berjaya merealisasikan matlamat dalam kedudukan tiga terbaik musim depan.

Walaupun agak besar nilai dana yang dikeluarkan, beliau menyatakan ini demi keperluan supaya pasukan lebih berdaya saing dan mampu memberi saingan sengit kepada pasukan bertaraf gergasi pada musim baharu.

“Kita mahu tampil lebih meyakinkan pada musim depan dengan meningkatkan lagi peruntukan kira-kira sekali ganda berbanding pada musim ini.”

“Ada beberapa pemain baharu akan dibawa masuk untuk menguatkan lagi pasukan dan perkara itu akan diumumkan kelak,” katanya.

Rekod cemerlang yang dipamerkan Melaka United musim ini dengan kemuncak prestasi dalam saingan Piala Malaysia apabila menyamai rekod mara ke separuh akhir edisi 1983.

Mereka jelas memberi persembahan membanggakan sebelum tewas kepada Kuala Lumpur City menerusi sepakan penalti pada separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat.

Pada awal persiapan, Melaka terlebih dahulu membawa masuk penjaring terbanyak Liga Super musim 2021, Ifedayo Olusegun serta dua pemain daripada pasukan Johor Darul Takzim iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.

Justin juga berharap agar penyokong dapat memberi sokongan yang padu buat pasukan agar dapat menampilkan aksi yang menyakinkan pada musim depan dalam apa jua perlawanan yang diharungi

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN