Melaka Teruskan Rentak Kemenangan, Spasogoal Jaringkan Gol Pertama Liga Super!

Melaka meneruskan rentak kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan Sarawak 3 hari yang lalu.

Kali ini mereka berhadapan dengan pasukan yang dengan semangat baru pada awal musim ini dengan 2 keputusan positif.

Statistik kurang disenangi Kelantan

Dalam 2 perlawanan terakhir, Kelantan telah disingkirkan PKNP FC di Piala FA dan kemudian tewas di tangan Kedah di tempat sendiri.

Kali ini mereka tewas pula di tangan Melaka. Semuanya berlaku dalam tempoh 7 hari.

Kelantan pastinya mahu memperbaiki rekod mereka di Kota Bharu.

Mereka gagal menang dalam 6 perlawanan terakhir di Kota Bharu dalam semua pertandingan termasuk 1 perlawanan status away di Kota Bharu melibatkan PKNP.

10 perlawanan liga terakhir di Kota Bharu, hanya 2 kemenangan yang dicatatkan di sini.

Melaka tewaskan Kelantan!

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang. Melaka hampir mendahului menerusi Jeon Woo. Namun cubaan beliau terkena palang.

Mohamed Ghaddar juga hampir meletakkan Kelantan di hadapan menerusi beberapa ancaman penting.

Beliau memaksa Fazli Paat melakukan aksi menyelamat berganda (double saves) sebelum perlawanan menuju rehat.

Perlawanan berakhir 0-0 pada separuh masa pertama.

KELANTAN : Kelantan Player Mohd Nor (10)Farhan in action during Malaysia Super League match 2017 between Kelantan and Melaka on 21 February 2017 at Sultan Mohd IV Stadium. Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

Bersambung babak ke-2, skuad Melaka mendahului menerusi jaringan Illija Spasojevic. Ini adalah jaringan pertama beliau musim ini dan di dalam Liga Super.

Kelantan cuba mencari gol penyamaan dalam perlawanan ini namun gagal.

Eric Williams memasukkan Fauzi Roslan di minit akhir perlawanan. Siapa tidak kenal dengan super sub ini.

Beliau melakukannya sekali lagi pada perlawanan ini dengan jaringan pada masa kecederaan.

Harapan untuk mendapat sekurang-kurangnya 1 mata oleh anak-anak buah Zahasmi Ismail sudah tertutup rapat.

Kemenangan Melaka ini membolehkan mereka memintas pasukan Kelantan. Melaka berada di tangga ke-6, manakala Kelantan di tangga ke-7.

Perlawanan seterusnya, Melaka akan berhadapan dengan Pahang, manakala Kelantan pula akan menanti kunjungan pasukan Selangor.

Baca juga: PKNP Terus ‘Membunuh’ Abang Besar, Terengganu Tewas 2-4 Di Tempat Sendiri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN