Pahang telah menjaringkan 14 gol setakat ini selepas perlawanan ke-5 di Stadium Hang Jebat. Menjadikan mereka pasukan yang paling prolifik setakat ini.
Melaka pula dalam motivasi terbaik setelah mendapat rentak kemenangan dan menjadi lebih kompetitif.
Melaka semakin menemui rentak
Selepas permulaan sukar, Eric Williams dan Melaka telah memenangi 2 perlawanan terakhir mereka. Kedua-duanya daripada perlawanan di tempat lawan.
Pemain veteran seperti Amri Yahyah antara nadi penting pasukan Melaka musim ini. Manakala, kapten mereka, Illija Spasojevic pula berjaya membuka akaun jaringan di Liga Super pada minggu lalu.
Melaka hanya dipisahkan 3 mata daripada pasukan Pahang dan 4 mata daripada pendahulu liga pasukan Kedah.
Pengurusan pasukan adalah kunci
Dalam perlawanan sebelum ini Dollah Salleh telah melakukan beberapa pertukaran teknikal kerana ada pemain yang perlukan rehat.
Dengan skuad besar dan sarat kualiti seperti Pahang, ianya amat penting untuk bijak dalam pengurusan pasukan.
Terlalu banyak rotasi mungkin akan memberikan impak kepada aspek pasukan utama. Terlalu kurang rotasi, nanti timbul persoalan, apa guna ada skuad besar kalau tidak gunakannya sebaiknya.
Selain itu, skuad yang sarat bintang seperti ini memerlukan Dollah bijak untuk memastikan bilik persalinan kekal harmorni.
Matheus Alves telah menjadi penyerang yang mejadi mesin gol setakat ini untuk pasukan Pahang. Ashaari Shamsuddin pula sudah menemui sentuhan gol.
Prestasi semasa
Melaka telah menang dalam kesemua 3 perlawanan terakhir mereka. Menjaringkan 4 gol dan tidak bolos dalam 3 perlawanan tersebut.
Ini membuktikan pasukan ini adalah pasukan yang boleh menang kerana kualiti pertahanan mereka tanpa perlu mencari gol yang banyak.
Pahang pula mengakhiri 2 perlawanan tanpa kemenangan dengan membelasah Pulau Pinang 6-1 minggu lalu.
Jadi ini boleh dikatakan pertembungan pasukan yang tajam di bahagian serangan dengan pasukan yang dalam prestasi pertahanan terbaik.
Rekod pertemuan
4 perlawanan terakhir sejak 2006 adalah memihak kepada Pahang. 3 perlawanan dimenangi Pahang, 1 lagi berakhir dengan keputusan seri.
Perlawanan terakhir mereka adalah pada Piala Malaysia 2009, Melaka dibelasah 6-0 oleh pasukan Pahang.
Namun hari ini, Melaka tampil dengan skuad yang berbeza kualiti. Jadi secara motivasi kedua-dua pasukan ada semangat yang kuat untuk menang kali ini.
Fakta Perlawanan
- Pahang tidak tewas dalam 4 pertemuan terakhir menentang Melaka
- 3 perlawanan terakhir, perlawanan ini sentiasa menghasilkan 6 gol. Perlawanan terakhir Pahang menang 6-0, sebelum itu seri 3-3, dan Pahang menang 5-1.
- Pahang hanya tewas sekali dalam 6 perlawanan terakhir
- Melaka menang 3 kali, seri sekali dan tewas 2 kali dalam 6 perlawanan terakhir
- Melaka hanya menang sekali daripada 4 perlawanan terakhir di tempat sendiri
- Pahang hanya menang sekali dalam 5 perlawanan terakhir di tempat lawan
- Kali terakhir Pahang gagal menjaringkan gol adalah pada Ogos 2016 menentang Felda United
Sebelum wisel
Melaka ada tugas berat untuk menjadikan Stadium Hang Jebat sebagai fortress mereka sekali lagi. Pahang pastinya mahu terus mengejar pendahulu liga Kedah.
Ini adalah antara perlawanan yang tidak boleh dilepaskan pada minggu ini.
Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 6: PKNP Lonjak Ke Tangga Ke-2 Liga!