Melaka, Kelantan & Sarawak Terselamat Hukuman Pemotongan Tiga Mata

Melaka

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan Melaka, Kelantan dan Sarawak tidak akan dikenakan denda pemotongan tiga mata selepas ketiga-tiga pasukan itu telah mengemukakan dokumen yang diminta.

Ini berikutan pasukan berkenaan telah menunjukkan komitmen tinggi untuk mematuhi peraturan MFL dan berjaya melengkapkan proses dokumen sebelum tarikh akhir pada 22 Mei lalu.

Selain itu, MFL turut mengesahkan bahawa denda sekatan perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia yang bakal berakhir pada 29 Mei ini ke atas Kelantan dan Sarawak kekal namun dibenarkan mendaftar satu pemain dengan bersyarat.

“Inilah matlamat MFL iaitu untuk mendidik pasukan dan memastikan kepatuhan terhadap peraturan kami dan ianya bukan untuk menghukum mana-mana pasukan.

“Dengan mengambil kira usaha yang dilakukan oleh Kelantan dan Sarawak, dan juga mengambil kira aspek kesukanan, keputusan telah dibuat untuk membenarkan Kelantan dan Sarawak mendaftar satu pemain.

“Walau bagaimanapun, untuk layak mendaftarkan satu pemain, pasukan itu harus terlebih dahulu membuktikan kepada MFL bahawa terdapat kesan aliran tunai yang positif terhadap kewangan pasukan di mana pendaftaran pemain baharu itu tidak melebihi perbelanjaan pemain yang digugurkan,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Terdahulu, MFL sebelum ini telah mengumumkan keputusan rayuan tujuh pasukan yang dikenakan hukuman susulan kegagalan pendaftaran pasukan pada 31 Disember 2018.

Pasukan berkenaan adalah wakil dari Liga Super iaitu Kuala Lumpur, Felda United dan Melaka manakala Kelantan, PDRM, Sarawak dan Pulau Pinang yang beraksi dalam saingan Liga Premier.

Ketujuh pasukan tersebut telah dikenakan tindakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan musim ini dan diberikan tempoh kemukakan rayuan.

Bagaimanapun, denda pemotongan geran ke atas Kuala Lumpur, Felda United, PDRM dan Pulau Pinang dikurangkan sebanyak 5 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 manakala Melaka, Sarawak dan Kelantan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

Keputusan pengurangan denda itu dibuat menerusi penilaian Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas pasukan-pasukan terbabit menyerahkan bukti pembayaran hutang, pelan pembayaran hutang tertunggak, pelan kewangan perbelanjaan dan pendapatan terperinci pada musim 2019.

Manakala denda pemotongan jumlah geran ke atas Melaka, Sarawak dan Kelantan pula dikurangkan sebanyak 10 peratus.

Ini kerana pasukan-pasukan terbabit ketika itu masih belum melengkapkan surat pengesahan daripada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau bukti pendapatan 2019.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA & Kelantan FA

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN