Melaka FC ‘Ikat’ 2 Import Baharu Sebelum Hadapi Cabaran Terengganu

Melaka FC nampaknya tidak berdiam diri sebelum menghadapi aksi sulung mereka di pentas Piala Malaysia 2024/2025 berdepan Terengganu apabila beberapa persediaan telah dilakukan mereka.

Terbaharu, pasukan tersebut sah menandatangani dua pemain import baharu untuk menyaksikan kini mereka memiliki empat tonggak bagi kuota tersebut.

Jelas Datuk Wira Nur Azmi Ahmad selaku pemilik kelab, beliau percaya kehadiran dua pemain import itu bakal memperkukuhkan lagi pasukan tersebut untuk menghadapi cabaran Terengganu pada Sabtu ini.

Untuk rekod, tiga kelab daripada saingan Liga A1 Semi Pro iaitu Melaka FC, PT Athletic FC, serta KL Rovers dibenarkan untuk menambah dua pemain import baharu selepas mereka layak beraksi di saingan Piala Malaysia serta MFL Challenge Cup musim 2024/2025.

Disebabkan itu, Melaka FC tidak melepaskan peluang tersebut untuk menandatangani dua muka baharu iaitu Oumar Bangoura dan Rodrigue Nanitelamo dari Guinea serta Perancis untuk mengukuhkan lagi posisi tengah dan pertahanan.

Pandangan Nur Azmi, kehadiran pemain import tersebut dilihat mampu untuk membantu persiapan semasa dilakukan Melaka FC untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Apatah lagi Terengganu juga dilihat memiliki ramai pemain tempatan serta import berpengalaman dan berkualiti yang dijangka bakal memberi cabaran getir kepada mereka.

“Pada awalnya kita tidak ada menuntut atau memohon pun untuk pemain import tambahan tetapi dengan kebenaran yang telah diberikan, inilah peluang berharga supaya pasukan kita dapat bersedia dengan lebih baik.

“Kita pun tahu kebanyakan pasukan Liga Super mengeluarkan perbelanjaan yang besar dan mereka adalah pasukan-pasukan terbaik di liga, jadi sudah tentu mereka akan bagi tentangan hebat kepada kita.

“Jadi, daripada kelab A1, kami sudah ada dua import dan penambahan dua lagi pemain dapat buat kita sedikit selesa di mana kita dapat melihat bagaimana Melaka FC akan cuba beraksi dengan baik menentang pasukan lebih hebat di pentas Piala Malaysia”, jelasnya menerusi perkongsian kami terima.

Sebelum ini mereka sudah pun memiliki dua pemain import yang beraksi di posisi tengah serta selaku penyerang utama iaitu Michael Ozor serta Fuseini Issah.

Status semasa menyaksikan Melaka FC kini cemerlang di kedudukan pertama dalam saingan A1 apabila mereka meraih 14 kemenangan daripada 19 perlawanan untuk mengumpul 46 mata secara keseluruhan.

Sudah tentu aksi Sabtu ini menjanjikan suatu cabaran sengit buat Terengganu yang akan berkunjung ke gelanggang lawan untuk menghadapi aksi bersemangat daripada Melaka FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN