Isu Tunggakan Gaji, Melaka Timbang Ambil Tindakan Perundangan Terhadap Labinot Harbuzi

Melaka United Soccer Association (MUSA) mempertimbangkan untuk mengunakan lunas undang-undang ke atas bekas pemain import pasukan itu, Labinot Harbuzi.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan petang semalam di Berita Harian Online, Labinot Habuzi didakwa telah menjatuhkan imej MUSA dengan dakwaan tunggakan gaji.

Kenyataan bekas pemain import Melaka United itu telah menjadi tular di media sosial sejak isu pemotongan mata terhadap Kelantan, T-Team, Perlis dan ATM dilaksanakan oleh pihak FMLLP.

Timbalan Presiden Musa, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, tindakan Labinot Harbuzi tersebut adalah bertentangan dengan persetujuan hasil daripada perbincangan bersama yang diadakan sebelum ini

Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan isu berkaitan gaji pemain tesebut tidak patut timbul kerana semua pembayaran telah dilangsaikan sepanjang tempoh Harbuzi bersama pasukan Melaka United musim lalu.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak persatuan mempunyai dan menyimpan bukti pembayaran gaji kepada setiap pemain termasuk pemain import dan Harbuzi yang beraksi bersama Melaka United sejak musim 2016.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof menjelaskan bahawa tunggakan yang dituntut oleh Labinot Harbuzi sebenarnya ialah pembayaran bonus kemenangan ketika pemain terbabit beraksi bersama Melaka United untuk tempoh 5 bulan.

Tunggakan tersebut seharusnya dibayar secara ansuran kepada pemain itu sebagaimana yang telah dipersetujui sebelum ini.

Luahan Labinot Harbuzi, bekas import Melaka

“Setakat ini, kami sudah melunaskan tiga bulan bonus dengan baki hanya dua bulan. Kami boleh membayar baki yang ada tapi kami mengikut perjanjian asal.”

“Namun luahan pemain itu di akaun Facebook miliknya mendapat reaksi beberapa pihak yang membesarkan isu berkenaan amat mengecewakan,” jelas Timbalan Presiden MUSA itu.

Beberapa hari yang lalu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam satu muat naik di media sosial Facebook mempersoalkan kegagalan FMLLP dan FAM menghukum Melaka United dan Selangor FA berkaitan tunggakan gaji bekas pemain masing-masing.

Tan Sri Annuar Musa turut mendakwa tindakan FAM dan FMLLP adalah tidak adil kerana hanya 4 pasukan termasuk Kelantan FA yang dihukum sedangkan terdapat pasukan lain mempunyai masalah yang sama.

Kredit: Melaka United

Dakwaan Tan Sri Annuar Musa dinafikan oleh kedua-dua pasukan. FAM dan FMLLP turut memberi kenyataan hanya akan mengambil kes yang dilaporkan mengikut saluran yang betul dan bukan sekadar luahan di media sosial semata-mata.

Labinot Harbuzi pernah beraksi untuk pasukan Feyenoord di peringkat awal kariernya. Harbizot menyertai Melaka United untuk mengemudi cabaran skuad Hang Tuah pada musim 2016.

Beliau hanya bersama Melaka United selama semusim.

Oleh itu, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata MUSA akan mendapatkan khidmat nasihat guaman berkaitan dakwaan yang kurang tepat oleh bekas pemain mereka.

Ini kerana perkara tersebut merosakkan reputasi dan imej persatuan berkenaan.

Baca juga:  Isteri Joseph Kalang Tergelak Dengan Usikan Netizen Insiden Pandang Jasmine Suraya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN