Rakan senegara Paul Pogba, Claude Makelele menganggap keraian berlebihan Paul Pogba sebagai keterlaluan dan memperlekehkan pihak lawan.
Pogba berjaya bangkit dengan luar biasa di bawah kendalian Ole Solskjaer. Pogba menjaringkan 2 gol ketika menentang Huddersfield pada Boxing Day – dan beberapa hari selepas itu menjaringkan 2 lagi gol menentang Bournemouth. Ianya mengatasi rekod gol beliau dalam 17 perlawanan sebelum ini di bawah Jose Mourinho.
Namun Makelele tidak suka dengan keraian Paul Pogba yang disifatkan berlebihan pada kedudukan pasukannya sudah menjaringkan 4 gol. Makelele berkata, jika beliau satu pasukan dengan Pogba, beliau akan cuba menasihatkan pemain itu.
Bercakap kepada Astro SuperSport, Makelele berkata: “Tengok contoh Thierry Henry, apabila beliau menjaringkan gol, sangat banyak gol, beliau seperti tidak pernah puas.”
“Saya bertanya kepadanya, kenapa beliau nampak tidak gembira? Beliau berkata: ‘Saya bukan tak gembira, tetapi itu memang cara saya meraikan gol, saya tahu ramai orang tak suka, tetapi dah cara saya seperti itu, saya tak mampu mengubahnya. Bagi saya, kadangkala kami kena menghormati lawan kamu’.”
https://twitter.com/20Septio/status/1079442287623528448
“Saya kecewa dengan Pogba dan menentang apa yang beliau lakukan. Jika saya masih bermain, saya akan cakap kepadanya, kamu raikan seperti itu di bilik persalinan bukannya sekarang. Kamu sudah 4-0 di hadapan dan kamu menari di hadapan saya?”
https://twitter.com/MUFC_Inspired/status/1079515859767513088
Makelele juga mengakui kerapkali gagal mengawal kemarahannya apabila pemain meraikan gol seperti itu selepas mendahului dengan jaringan besar, ini termasuk Ronaldinho.”
“Saya ada banyak sejarah seperti itu, bukan sahaja Ronaldinho. Dalam bola sepak kamu harus menghormati lawan kamu.”
Dalam perlawanan derbi Manchester sebelum ini, para pemain Man. United menyerang Raheem Sterling yang dituduh biadap dan memperlekehkan mereka – dengan melakukan ‘showboating’ – dalam kedudukan City mendahului 3-1.
Sterling mendedahkan: “Mata berlari ke arah saya dan berkata: ‘tunjukkan sedikit rasa hormat kepada lawan’. Saya berkata, saya bukannya memperlekehkan lawan, saya mahu mengekalkan penguasaan bola dan menghiburkan penyokong.”
https://www.youtube.com/watch?v=AB-8g0q7rPg
Pep Guardiola selepas tamat perlawanan juga pergi ke arah Sterling menegur pemain itu supaya tidak memperlekehkan lawan mereka. Sterling berkata: “Beliau [Guardiola] memberitahu saya, beliau sangat tak suka kami tidak menghormati lawan. Saya agak terkejut.”
“Saya jelaskan kepada beliau, saya cuma mahu mengekalkan penguasaan bola. Saya faham risiko jika kami hilang bila dan mereka menyerang balas. Saya mahu melengahkan masa dan cuba menantikan faul daripada pihak lawan. Saya bukannya nak memperlekehkan lawan saya dengan cara itu, itu bukan cara saya.”
Dan pada Oktober 2016, Jose Mourinho pernah ‘menyekolahkan’ Antonio Conte kerana keraian berlebihan dalam kedudukan pasukan Chelsea sudah mendapat 4 gol. Mourinho berkata, jika kedudukan 1-0 tidak mengapa untuk meraikan gol seperti itu, namun pada kedudukan 4-0 ianya sudah dikira melampau dan memperlekehkan lawan.
"You don't wind up the crowd at 4-0. You do it at 1-0. It's humiliating."
– Mourinho to Conte at the end of the game (via: Sky Italia). pic.twitter.com/e8vseAr3TH
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) October 23, 2016
Antonio Conte membalas kemudian, beliau menyatakan bola sepak perlukan emosi dan beliau sentiasa teruja untuk menjaringkan gol.
Mungkin masing-masing ada pandangan tersendiri tentang keraian memperlekehkan lawan dan juga keraian berlebihan ini. Yang pasti, ianya kadangkala menjadi warna warni dalam bola sepak.