Mehmet Durakovic Singkirkan Misagh Bahadoran Daripada Skuad Perak

Ketua jurulatih skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic hilang sabar terhadap pemain import pasukan itu dari Filipina, Misagh Bahadoran lalu membuat keputusan untuk menyingkirkan pemain skuad kebangsaan Filipina itu.

Selepas 10 perlawanan Liga Super, Mehmet ternyata belum berpuas hati dengan prestasi Bahadoran dan akan mengambil pemain import baharu sebelum jendela perpindahan kedua Liga Malaysia ditutup sepenuhnya bulan depan.

“Jika boleh saya tidak mahu singkir sesiapa tapi berapa lama lagi saya boleh mempertahankan kedudukannya.

“Sebagai pemain import dia sepatutnya mampu memberi sumbangan berkesan kepada pasukan.

“Apa maknanya jika kemampuannya sama saja dengan pemain tempatan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Menurut Durakovic, beliau sudah lama menyedari kelemahan Bahadoran tetapi tetap memberi peluang kepada pemain itu dengan harapan dia akan meningkat.

“Cukuplah. Saya dah beri peluang yang cukup kepadanya. Saya dikecam teruk peminat kerana mempertahan kedudukan pemain itu.

“Saya bukan buta tapi terdapat kekangan menyebabkan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.

Mehmet mengendalikan sesi latihan pasukannya di Stadium Perak, Ipoh. FOTO: PAFA

Perak kini dalam misi untuk merampas kembali kedudukan no dua dalam carta Liga Super apabila dijadualkan menentang PKNP FC di Stadium Perak, malam ini.

Skuad Tok Gajah merampas kedudukan no dua daripada Perak selepas mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Kuala Lumpur semalam.

Kehadiran semula tiga tonggak, Gilmar Jose Da Silva, Amirul Azhan Aznan dan Nazirul Naim Che Hashim selepas tidak beraksi menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu, Rabu lalu bakal memberikan semangat tambahan untuk mengutip 3 mata penuh malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN