Mehmet Durakovic Puji Prestasi Skuad The Bos Gaurus

Perak berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 keatas Selangor pada perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 yang berlangsung di Stadium TLDM, Lumut malam tadi.

Perak dan Selangor turun pada perlawanan ke-5 saingan liga ini dengan misi untuk memperoleh kemenangan selepas kedua-dua pasukan tewas dalam dua perlawanan terakhir.

Rembatan Gilmar Da Silva cuba dihalang oleh pemain Selangor. FOTO: PerakTBG

Pengendali skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic menyifatkan pasukannya sepatunya boleh menang lebih besar ke atas Selangor kerana lawan kelihatan kurang bermaya.

“Secara jujur, Selangor tampak macam kurang melawan. Kemungkinan kita boleh jaringkan dua atau tiga gol pada separuh masa kedua.

“Namun, saya puji komitmen dan semangat juang pemain. Mereka menonjolkan permainan terbaik pada separuh masa pertama dan kemenangan menentang Selangor dengan tiga jaringan adalah perkara yang menakjubkan,” katanya kepada Bernama.

Perak yang beraksi di hadapan lebih 7,000 penyokong sendiri menewaskan Selangor 3-0 bermula dengan jaringan sendiri pemain pertahanan Selangor Ashmawi Yakin pada minit ke-20, sebelum D Kenny Pallraj dan penyerang import Gilmar Da Silva menambah jaringan Perak, masing-masing pada minit ke-36 dan 46.

Pemain Perak meraikan jaringan gol ketika menentang Selangor semalam. FOTO: Perak TBG

Beliau berharap anak buahnya akan mengekalkan persembahan seumpama itu pada perlawanan akan datang khususnya dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Pulau Pinang di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 17 Mac ini.

“Kita ada dua hari untuk berehat, selepas itu pemain akan kembali berlatih untuk beri tumpuan perlawanan dengan Pulau Pinang dan kita harap momentum kemenangan ini akan dapat diteruskan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Selangor, P Maniam berkata kelekaan anak buahnya pada babak pertama perlawanan punca kekalahan pasukan.

“Walaupun ada perubahan pada babak kedua, ketumpulan barisan serangan menyebabkan mereka gagal membolosi gawang Perak,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN