Mehmet Durakovic Nafi Akan Kembali Ke Selangor Musim Depan

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bekas pemain Selangor, Mehmet Durakovic akan kembali mengemudi skuad gergasi merah itu pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Mehmet yang kini mengendalikan pasukan Perak menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan tumpuannya kini hanya membantu skuad The Bos Gaurus dalam kempen Piala Malaysia.

“Sememangnya saya tidak akan ke mana-mana (berhijrah) dan fokus saya adalah untuk membawa Perak ke perlawanan akhir sepertimana sasaran pasukan sebelum ini,” katanya kepada Bernama ketika sidang media selepas perlawanan menenang Terengganu FC semalam.

Menguatkan lagi khabar angin tersebut ialah susulan kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang mengesahkan empat calon jurulatih berada dalam radar persatuan itu termasuk jurulatih asing.

Mehmet Durakovic ketika menjuarai Piala Malaysia bersama Selangor.

Dalam kenyataan sama, Johan juga tidak menafikan bahawa Durakovic yang pernah membawa Selangor menjulang Piala Malaysia pada 2015, antara seorang daripada empat calon jurulatih tersebut.

Mengulas mengenai perlawanan Piala Malaysia semalam, Durakovic berkata, kehilangan pemain utama akibat kecederaan punca Perak tumpas 3-4 kepada Terengganu di Stadium Perak, malam tadi.

Katanya, Perak yang turun tanpa dua tonggak utama Mohd Shahrul Saad dan Mohd Nasir Basharuddin, seakan kaku dan melakukan banyak kesilapan mudah sehingga membenarkan empat gol dihasilkan Terengganu.

“Kita bermula baik pada 20 minit awal permainan namun selepas Terengganu memperoleh dua penalti dalam babak pertama menyebabkan rentak perlawanan berubah. Saya juga tak menafikan ketiadaan Shahrul dan Nasir memberi impak besar kepada pasukan dalam mengimbangi rentak agresif yang dipamerkan Terengganu,” katanya.

Pada pertemuan yang berlangsung, tiga gol Perak dijaringkan oleh pemain import, Wander Luiz Junior pada minit ke-85 dan 89 selain Leandro Santos di minit ke-90.

Manakala empat jaringan Terengganu dihasilkan oleh Mohamad Ashari Samsudin pada minit ke-8, Lee Andrew Tuck minit ke-45, Chanthacheary Bin di minit ke-57 dan Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-81.

Katanya, kekalahan itu juga tidak sesekali mematahkan semangat pasukan selain optimis kemenangan akan dapat dicapai pada pertemuan dengan Kuala Lumpur di Stadium Cheras, 19 Ogos depan.

Sementara itu, pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, walaupun gembira pasukannya berjaya merakamkan kemenangan namun beliau agak kecewa dengan aksi yang ditonjolkan beberapa pemainnya sehingga membenarkan Perak menjaringkan tiga gol dalam tempoh lima minit akhir perlawanan.

Katanya, kelemahan itu akan diatasi secepat mungkin selain berharap momentum kemenangan akan dapat dikekalkan pada pertembungan menentang Felcra FC di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, 18 September depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN