Mehmet Durakovic Mungkin Akan Kosongkan Kuota Pemain Import Asean

Mehmet Durakovic

Walaupun skuad Perak The Bos Gaurus masih mempunyai satu lagi kekosongan untuk pemain import dari Asia Tenggara (Asean), pengendali skuad itu, Mehmet Durakovic mengakui masih belum menemui calon yang sesuai untuk memperkuatkan pasukannya.

Perak setakat ini mempunyai empat pemain import, iaitu Zac Anderson, Leandro Dos Santos serta dua pemain baru dari Brazil iaitu Ronaldo Henrique Silva dan Raianderson Careca yang dibawa masuk bagi menggantikan Gilmar Da Silva dan Wander Luiz.

Difahamkan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sedang berurusan untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan Singapura, Faris Ramli yang pernah beraksi dengan PKNS FC musim lalu.

Bagaimanapun, jika mereka gagal mendapatkan khidmat Faris sebelum tarikh tutup jendela perpindahan kedua, Durakovic bersedia untuk membiarkan slot pemain import tersebut kosong dan mengharapkan kudrat pemain tempatan.

“Kami perlu melihatnya dahulu. Anda tidak boleh katakan tidak.

“Setakat ini, kami termasuk pihak pengurusan amat gembira dengan pasukan. Jika ada pemain yang bersesuaian dengan permainan kami, kami akan mengambilnya.

“Namun, terlalu banyak pemain untuk dinilai dan kami akan melihat sama ada kami memerlukannya atau tidak,” katanya dalam Stadium Astro.

Ronaldo, PKNP, Perak
FOTO: MFL

Penampilan pertama Ronaldo dalam skuad Perak semalam memberi impak yang positif apabila berjaya memastikan juara Piala Malaysia 2018 itu mara ke peringkat separuh akhir Piala FA dengan menjaringkan gol dua gol ke atas PKNP FC.

Durakovic kini mahu anak buahnya beralih fokus kepada saingan Liga Super selepas hanya hanya mencatatkan dua kemenangan, lapan keputusan seri dan dua kekalahan selepas 12 perlawanan.

“Kami perlu menumpukan terhadap persediaan. Kami perlu fokus dan memanfaatkan setiap peluang.

“Harap-harap dengan kehadiran dua pemain baru, ia akan meningkatkan prestasi kami. Saya amat berpuas hati dengan pasukan ini setakat ini.,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN