Mehmet Durakovic: “Kita Memang Layak Menang, Saya Berpuas Hati”

Mehmet Durakovic

Perak berjaya melangkah ke pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019 selepas menundukkan pasukan daripada Liga Premier, Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Perak menang hasil jaringan Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrel Fikry Md Fauzi. Ini merupakan kali pertama Perak berjaya meledak lebih daripada satu gol dalam satu perlawanan musim ini.

Untuk rekod, kali terakhir The Bos Gaurus meledak lebih daripada satu gol adalah ketika di pentas final Piala Malaysia yang lalu – Perak dan Terengganu terikat 3-3 dalam 90 minit perlawanan.

Untuk musim ini pula, dalam 8 perlawanan yang telah ditempuhi, Perak hanya mampu meledak purata 0.62 gol setiap perlawanan – termasuk ketika pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia.

Namun, kemenangan dalam saingan Piala FA semalam tetap memberi kepuasan kepada pengendali Perak, Mehmed Durakovic kerana baginya fokus utama adalah layak ke pusingan ketiga.

Tiada perubahan ketara dalam senarai pemain dan tumpuan utama adalah kepada penyenaraian kali pertama Shahrel Fikry dalam kesebelasan utama The Bos Gaurus untuk musim 2019.

Shahrel Fikry menyertai Perak secara pinjaman daripada PKNP FC selepas tamat tempoh pinjaman di kelab Thai League 1, Nakhon Ratchasima FC pada penghujung musim lalu.

Dan sewajarnya tumpuan diberikan kepadanya, di penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama, Shahrel Fikry berjaya meledak gol pertamanya dan juga gol kemenangan Perak.

Perak terlebih dahulu diberi tentangan sengit oleh Negeri Sembilan sebelum berjaya memenangi perlawanan tersebut.

“Bagi saya, kita sememangnya layak untuk menang pada malam ini.

“Mungkin jumlah jaringan itu boleh ditingkatkan jika para pemain berjaya menyudahkan dua atau tiga peluang yang terhasil sepanjang perlawanan,” ujarnya kepada mStar Online.

Beberapa peluang yang dimaksudkan oleh Mehmed pastinya yang gagal disudahkan oleh penyerang utama mereka, Gilmar Jose Da Silva Filho yang dibelenggu masalah penyudah musim ini.

“Apa pun, saya berpuas hati kerana kita berjaya layak ke peringkat seterusnya walaupun saya akui, tentangan sengit dipamerkan pihak lawan,” tambah Mehmed lagi kepada media.

Perak akan turun sekali lagi di Stadium Perak hujung minggu ini menentang PKNS FC untuk saingan Liga Super 2019.

Kredit Featured Images: Arena Seladang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN