Mehmet Durakovic Kecewa Perak Hanya Mampu Kutip Satu Mata

Skuad The Bos Gaurus terus mengekalkan status sebagai ‘Pakar Seri’ apabila terikat 1-1 ketika menentang PKNS FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak malam tadi.

Keputusan itu meningkatkan tekanan terhadap jurulatihnya, Mehmet Durakovic yang dikritik hebat oleh penyokong Perak  kerana gagal memastikan tiga mata penuh berada dalam genggaman.

Daripada tujuh perlawanan Liga Super setakat ini, Perak hanya menang sekali, mencatat 5 keputusan seri dan kalah satu.

Seri

“Secara keseluruhan, saya puas hati dengan persembahan pemain kecuali dua detik yang menyaksikan lawan menjaringkan gol gara-gara sedikit kesilapan dan kelalaian kami.

“Satu mata ini tetap berharga walaupun mata penuh pasti lebih baik. Kami patut boleh menang jika beberapa percubaan lagi menggegar jaring lawan.

“Apapun, saya tidak boleh meminta lebih daripada ini kerana pemain sudah memberikan yang terbaik,” katanya dalam Stadium Astro

Dalam perlawanan semalam, Perak sepatutnya memperolehi gol ketiga namun dinafikan oleh pengadil, Suhaizi Shukri, dan pembantu pengadil 2, B. Suresh, apabila gagal mengesan bola rembatan Shahrel Fikri Md Fauzi yang sudah melepasi garisan gol pada minit ke-84.

Difahamkan penjaga gol PKNS, Muhammad Zarif Irfan Hishamuddin, berada di dalam gawang ketika menendang keluar bola.

Malah jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, mengakui terkejut anak buahnya beraksi dengan lebih baik setiap kali bertemu Perak.

“Saya tidak tahu kenapa tetapi pemain beraksi baik setiap kali bertemu Perak. Macam ada motivasi istimewa.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Kami juga mampu menang tetapi malangnya peluang diperoleh gagal disempurnakan.

“Bukan mudah untuk bermain dengan Perak di Ipoh. Jadi, saya gembira kami berjaya pulang dengan satu mata, ” tambahnya.

PKNS mendahului tuan rumah melalui jaringan Gabriel Guerra pada minit ke-22 untuk memaksa Perak datang dari belakang. Walaupun ketinggalan 2-1 selepas itu, anak buah Rajagobal itu tidak menyerah mudah dan bangkit untuk menafikan kemenangan Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN