Mehmet Durakovic Berpuas Hati Perak Berjaya Kutip Satu Mata

Bertandang ke gelanggang lawan tanpa kelibat beberapa tonggak utama bukan tugas mudah bagi skuad Perak apabila mereka berjaya mengikat juara Piala FA 2018, Pahang tanpa jaringan dalam perlawanan Liga Super di Kuantan semalam.

Pengendali skuad itu, Mehmet Durakovic menegaskan mereka datang bukan untuk memburu keputusan seri tetapi tidak bernasib baik apabila beberapa peluang keemasan gagal disudahkan oleh jentera serangan.

Bagaimanapun, jurulatih dari Australia itu tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang berjaya memberikan persembahan terbaik kepada tuan rumah.

“Sudah pasti kami bertandang ke sini bukan untuk seri, tapi keputusan malam ini (tadi) sudah memadai kerana pemain memberikan yang terbaik.

“Saya gembira kerana kami mengutip satu mata ketika beberapa pemain tidak cergas sepenuhnya sebelum perlawanan dan kita akan tampil dengan lebih baik pada perlawanan selepas ini menentang Melaka United,” katanya dalam Berita Harian.

Penjaga gol Pahang, Helmi Eliza beraksi cemerlang ketika menentang Perak semalam. FOTO: Pahang FA

Selepas 14 perlawanan, Perak merekodkan sembilan keputusan seri, termasuk pertemuan dengan Pahang malam tadi. Keputusan itu juga bermakna Tok Gajah kini ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Manakala skuad The Bos Gaurus berada di tangga keenam Liga Super dengan mengutip 18 mata. Pahang dan Perak akan bertemu sekali lagi dalam di separuh akhir Piala FA pada bulan depan.

Sementara itu, pemain tengah The Bos Gaurus, Brendan Gan mengakui bukan mudah untuk mendapatkan gol di tempat lawan tetapi tetap berpuas hati kerana dapat membantu pasukannya meraih sekurang-kurangnya satu mata.

“Kami berusaha untuk mendapatkan gol tetapi dinafikan pertahanan lawan. Tapi, saya tetap bangga dengan kesungguhan dan semangat ditunjukkan semua pemain pada perlawanan ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN