Piala Malaysia 2017: Mehmet Akui Perak Berdepan Tugas Sukar Di Larkin

Mehmet Durakovic

Perak gagal memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri apabila hanya mampu mencatat keputusan seri berdepan pasukan JDT dalam saingan separuh akhir 1 Piala Malaysia di Ipoh kelmarin.

Pada aksi di Stadium Perak itu, tuan rumah tergamam selepas kesilapan Shahrom Kalam dihukum JDT, apabila penyerang import Lubnan, Mohammed Ghaddar menyamakan kedudukan pada minit ke-66, sekaligus membolehkan lawan memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan.

Namun begitu, Mehmet enggan menyalahkan sesiapa kerana percaya para pemain sudah memberikan segala-galanya untuk memastikan impian ke perlawanan akhir dapat dicapai. Tetapi Mehmet akui Perak bakal berdepan tugas sukar apabila kembali menentang JDT di Larkin pada separuh akhir kedua Sabtu ini.

“Lihat, semua ini berlaku dalam bolasepak. Semua pemain pasti akan melakukan kesilapan dan anda harus melupakannya dengan segera ”

“JDT merupakan pasukan yang hebat dan kami mahu buktikan kami boleh menandingi mereka. Secara keseluruhan, ia merupakan keputusan yang adil dan pemain telah melakukan yang terbaik walaupun kami kehilangan 4 hingga 5 pemain,” katanya.

Gambar : Perak TBG

Dalam perlawanan itu, Perak kehilangan khidmat 2 pemain import iaitu Yashir Pinto dan Leandro Dos Santos kerana dilanda kecederaan. Mereka juga terpaksa melupakan khidmat Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin yang difahamkan masih terikat perjanjian “gentlement” di antara JDT dengan PAFA.

Walaubagaimanapun, bekas pemain Australia itu masih mengharapkan beberapa tonggak dapat kembali beraksi dalam perlawanan separuh akhir kedua di Larkin.

“Kami masih letak harapan agar beberapa pemain yang cedera dapat pulih dan kembali berlatih sebelum sabtu ini. Ia bukan tugas mudah kerana suasana di Stadium Larkin cukup mengagumkan dan saya percaya pemain saya akan melakukan yang terbaik,” jelasnya.

Kali terakhir Perak mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada tahun 2007. Mereka tewas 0-3 kepada Kedah dimana Kedah melengkapkan kejuaraan treble pada tahun itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN