Mehmed Durakovic: Tempoh Tiga Minggu Dah Memadai

Mehmed Durakovic

Tempoh selama lebih tiga minggu bagi mengadakan perlawanan persahabatan sebelum Liga Malaysia kembali bersambung sudah memadai bagi memastikan semua pasukan berada di gear terbaik terutama dalam aspek kecergasan bagi menghadapi perlawanan kompetitif.

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic yang telah merangka beberapa aksi persahabatan menganggap masa diberikan oleh Malaysian Football League (MFL) itu sudah cukup ideal selepas hampir dua bulan kebanyakan pasukan mula menjalani latihan secara terbuka.

Justeru, beliau berharap pemain-pemain dapat segera memanfaatkan peluang diberikan dalam perlawanan persahabatan yang mana bukan sahaja penting kepada kesediaan fizikal tetapi daripada segi mental selepas lima bulan tidak turun beraksi dalam sebarang perlawanan.

“Semua pasukan berada dalam kepompong yang sama iaitu daripada segi masa dalam semua aspek termasuk dalam kebenaran mengadakan aksi persahabatan yang mana saya rasakan tiga minggu sudah cukup.

“Sekurang-kurangnya tempoh yang ada ini sebelum liga bermula saya rasa akan banyak membantu kepada semua pemain mendapatkan semula rentak mereka di atas padang.

“Segala perancangan yang diatur oleh MFL sejak fasa 1 dahulu nampaknya berjalan dengan baik setakat ini dan saya begitu gembira, cuma diharapkan semua pasukan patuh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan agar tidak ada berlaku kejadian yang kita tidak inginkan, “ ujar Mehmed Durakovic.

Perak setakat ini telah mengesahkan dua perlawanan persahabatan iaitu bertemu Kuala Lumpur pada 8 Ogos serta UKM FC, 14 Ogos dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.

MFL pada Ahad [semalam] mengumumkan pasukan-pasukan CIMB Liga Super dan Liga Premier telah dibenarkan untuk mengadakan perlawanan pemanas badan atau persahabatan sebagai persiapan awal untuk menyambut aksi Liga Malaysia yang bakal bersambung pada 26 Ogos depan.

Kredit featured image: Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai pasukan Perak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN