Mehmed Durakovic: Perak Masih Belum Cukup Sempurna

Mehmed-Durakovic-perak

Dikatakan ketika Jelajah Pra-Musim di Singapura baru-baru ini, pengendali Perak, Mehmed Durakovic sudah menemui barisan terbaiknya untuk saingan Liga Super 2020 yang akan bermula tidak lama lagi.

Gandingan Shahrel Fikri dan penyerang import, Guilherme de Paula dikatakan membentuk keserasian jitu dengan bantuan J. Partiban dan Careca di sayap selain Leandro dan Thierry Chanta Bin di tengah.

Di benteng, gandingan empat pertahanan iaitu kapten Shahrul Saad bersama Anthony Golec, Amirul Azhan dan Nazirul Naim dilihat baik walaupun bermain tanpa dua penjaga gol utama yang masih cedera.

The Bos Gaurus kini terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol ketiga berusia 22 tahun, Nasrullah Abdul Aziz untuk mengawal gawang buat seketika sehingga Hafizul Hakim dan Khairul Amri Salehuddin.

Walaupun nampak hampir sempurna, namun bagi Mehmed Durakovic, itu bukanlah barisan terbaik buat Perak kerana masih ada masa untuknya menguji gandingan dan juga mencuba falsafah baharu.

“Tidak, kita belum muktamadkan barisan pemain utama dan formasi lagi. Kita akan melalui beberapa lagi perlawanan persahabatan dan saya akan menguji kombinasi serta falsafah lain untuk pasukan.

“Kami mahu memastikan pasukan melalui persediaan terbaik sebelum musim bermula. Untuk pemain-pemain baharu seperti de Paula, Golec dan Thierry, mereka cepat serasi,” jelas Mehmed Durakovic.

Selain itu, pengendali kelahiran Yugoslavia itu percaya yang pemain-pemain muda yang dinaikkan pangkat ke skuad Liga Super memiliki masa depan cemerlang dan mungkin akan berpeluang untuk beraksi.

Empat pemain telah diberikan peluang iaitu Mohd Alif Zikri, Mohd Nazirul Afif Ibrahim, Farid Khazali dan Nazmi Ahmad, yang merupakan sebahagian daripada skuad Emas SUKMA 2016 dan 2018.

“Pemain-pemain muda mempamerkan potensi mereka tetapi kita tidak mahu terburu-buru untuk mereka bermain dalam kesebelasan utama,” jelas Mehmed Durakovic mengenai kelibat empat pemain itu.

“Seperti pemain lain di dalam pasukan, mereka perlu bersaing dan merebut tempat dalam kesebelasan utama,” tambahnya lagi sambil berkata ikatan dikalangan pemain dan staff ketika ini sangat kuat.

“Baru-baru ini kita telah menjalani dua perlawanan di Singapura. Jelajah Pra-Musim yang singkat itu telah mengeratkan ikatan dikalangan pemain dan staff,” ujar Mehmed Durakovic kepada portal The Star.

KREDIT FOTO: PERAK TBG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN