Media Vietnam: ‘Bertahan Di Garisan Tinggi’ Umpama Pedang Dua Mata Buat Malaysia

Ali Mabkhout UAE Malaysia 2 vietnam

Kelemahan Malaysia sudah mula ditafsir oleh media-media di Vietnam dengan mereka mendedahkan Harimau Malaya sangat lemah ketika bertahan di garisan yang tinggi.

Malaysia gemar bermain dengan pertahanan yang lebih ke atas dalam beberapa aksi dan adakalanya ia dilihat boleh memakan diri, jika pihak lawan berjaya meloloskan diri.

Ini yang berlaku jika Malaysia bermain dengan aksi sebegitu, malah ketika berdepan UAE tempohari, 14 peluang telah tercipta menerusi gerakan memecahkan garisan pertahanan Malaysia yang tinggi – ia 50 peratus peluang yang dimiliki oleh UAE.

Walaupun Vietnam tidak memiliki penyerang setaraf Ali Mabkhout, mereka masih memiliki pemain tengah yang mampu mencipta peluang sebegitu buat penyerang muda mereka, Nguyen Tien Linh untuk cuba menggegar jaring gol skuad negara.

Ali Mabkhout UAE Malaysia 2
Situasi ketika Malaysia menentang UAE di Stadium Bukit Jalil pada September 2019
Malaysia UAE kelayakan Piala Dunia 2021
Situasi kedua yang berlaku di Stadium Zabeel pada 3 Jun 2021

Sebelum ini mereka mengharapkan Nguyen Quang Hai untuk mencipta peluang sebegitu, tetapi disebabkan beliau akan menjalani penggantungan, Vietnam akan kehilangan sentuhan ‘pemain kepercayaan’ Park Hang-seo ini di jentera tengah.

Begitupun, Vietnam bukan semata-mata tentang Quang Hai. Mereka masih memiliki pemain yang sepertinya yang mampu memanfaatkan ruang untuk membuat hantaran berbahaya ke depan ataupun terus membuat percubaan tajam ke gawang.

Hampir pasti sebagai pengganti, pemain yang mirip kepada Quang Hai adalah Nguyen Hoang Duc. Walaupun masih mentah di arena antarabangsa dengan hanya tiga kaps, gaya permainan mereka yang hampir sama yang harus dirisaukan skuad negara.

Inilah pemain yang bakal diharapkan untuk memecah benteng tinggi Harimau Malaya atau membuat rembatan tajam ke gawang untuk memerangkap Farizal Marlias.

Malaysia pernah ‘terkena’ dengan Vietnam dalam situasi sebegini dalam saingan Piala AFF 2018 apabila Phan Van Duc – seorang lagi pemain tengah yang berpengaruh buat Vietnam, membuat hantaran lolos kepada penyerang ‘otai’, Nguyen Anh Duc.

Selain hantaran rendah dan pantas yang dilihat mampu memecahkan blok pertahanan Malaysia yang tinggi, mereka juga percaya yang hantaran jauh di belakang pertahanan Malaysia adalah kunci untuk memerangkap pertahanan skuad kebangsaan.

Mengambil contoh jaringan Ali Mabkhout ketika menewaskan Malaysia 4-0 tempohari, hantaran jarak jauh daripada kawasan middle third oleh Abdullah Ramadhan yang menemuinya dan melepasi kawalan Aidil Zafuan untuk jaringan pembukaan.

Jaringan tunggal yang menewaskan Malaysia dalam pertembungan pertama kedua-dua pasukan di Stadium My Dinh juga mirip kepada jaringan tersebut. Que Ngoc Hai melambung bola kepada Quang Hai untuk membuat voli menghasilkan jaringan.

Mereka percaya yang garisan ‘terlalu’ tinggi benteng skuad negara mampu diekploitasi dan ia akan memerangkap kembali Harimau Malaya yang sebenarnya cuba membina perangkap offside buat penyerang lawan – umpama pedang dua mata buat Malaysia.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad kebangsaan:

Hai-O: Saya Sasarkan Luqman Hakim Atau Arif Aiman Untuk ‘Safawi Rasid’

De Paula Akhirnya Bersuara Mengenai Prestasi Dan Kritikan Penyokong Harimau Malaya

Kalah Kepada UAE, Pemain-Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya ‘Bersuara’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN