Pertembungan Malaysia dan Thailand akan menjanjikan saingan sengit dan media Thailand ini meletakkan beberapa pemain yang perlu diberi perhatian barisan pemain Gajah Perang antaranya Stuart Wilkin dan Mukhairi Ajmal.
Mereka sudah agak lama tidak melakar kemenangan ke atas Malaysia sejak kali terakhir melakukannya di Piala AFF 2014 – menang 2-0. Selepas itu mereka kalah dua kali dan seri tiga kali apabila berdepan Harimau Malaya.
Kali terakhir pertembungan kedua-dua pasukan adalah di kejohanan King’s Cup 2022 yang menyaksikan perlawanan terikat 1-1 dalam masa sebenar.
Begitupun, saat itu, Malaysia menggunakan hampir kesemuanya kumpulan pemain yang berbeza, majoritinya dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Keputusan Masa Penuh
48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022
THAILAND 🇹🇭 1-1 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Pansa Hemviboon 90'+5
⚽️ La'Vere Corbin-Ong 32'▶️ Malaysia menang penentuan sepakan penalti 5-3 & layak ke final bertemu Tajikistan#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ebwfuxWFsl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022
Jadi, pengendali Thailand, Alexandre Polking atau lebih dikenali sebagai Mano Polking akan lebih berhati-hati dalam pertembungan kali ini. Tambah-tambah lagi, tiket ke pentas final Piala AFF menjadi taruhan mereka.
Walaupun beliau gembira Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan ‘fullhouse’ pada esok malam disebabkan Konsert Jay Chou, tetapi beliau tetap berharap pemainnya berupaya menyerap tekanan 59,000 penyokong.
“Kami bernasib baik kerana penganjuran konsert di sini dapat mengurangkan tempat duduk sebanyak 21,000 penyokong Malaysia. Tetapi kami tetap berwaspada kerana suasan di stadium pasti akan lebih meriah dengan sokongan penyokong yang hadir,” ungkap pengendali itu di sidang media.
“Sangat penting untuk kami menyediakan mental yang kuat berdepan ribuan penyokong Malaysia. Kami telah melalui pengalaman di Indonesia, pemain kami perlu bertenang berdepan tekanan daripada penyokong,” ujarnya.
Selain itu, sebelum ini, pengendali Singapura, turut mendedahkan yang para penyokong Malaysia antara punca mereka gagal bermain lebih baik.
🚀 Stuart Wilkin 🚀
𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗟𝗜𝗩𝗘: https://t.co/LEJANHpjNL#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MASvSGP pic.twitter.com/l3oLtM8UYY
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 3, 2023
Media Thailand, Siam Sport, telah mengeluarkan artikel mengenai beberapa pemain Harimau Malaya yang tampak berpotensi dan berbahaya nanti.
Siapa agaknya yang menjadi perhatian media di sana? Seperti yang tertulis di tajuk artikel, mereka melihat potensi dua pemain iaitu Stuart Wilkin dan Mukhairi Ajmal dalam mengganggu permainan mereka di Bukit Jalil nanti.
Stuart Wilkin menyerlah ketika menundukkan musuh Seberang Tambak, Singapura dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dengan keputusan 4-1.
Kali terakhir Malaysia menang besar ke atas Singapura adalah kira-kira 20 tahun lalu, dalam kejohanan yang sama, Piala AFF 2002 apabila menang 4-0 di Stadium Kallang. Gol-gol skuad negara dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin (dua gol), Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Nizaruddin Yusof.
Wilkin mencuri tumpuan dengan dua gol jarak jauhnya yang menewaskan Hassan Sunny yang sebelum itu cemerlang dalam tiga perlawanan.
Media Thailand mengatakan gandingan Wilkin bersama Brendan Gan amat menyerlah di jentera tengah walaupun ini adalah Piala AFF pertamanya.
Mukhairi Ajmal turut tersenarai dalam senarai mereka waima adakalanya beliau dilihat seperti sedikit pudar dalam kejohanan dwi tahunan ini.
Berusia 21 tahun, Siam Sport mengatakan beliau adalah pemain berpotensi besar yang berada di kem Harimau Malaya ketika ini. Mereka menjangkakan jika dibiarkan, beliau mampu menjadi racun dalam perlawanan esok malam.
Jadi, mereka mengharapkan sama ada Sarach Yooyen atau Theerathon Bunmathan akan menghalangnya dalam melakukan hantaran berbahaya.
Malah, menurut penulis Semuanya BOLA yang juga merupakan seorang jurulatih bertauliah, Shaiful Shazwan, Mukhairi adalah pemain yang memiliki ‘vision’ yang baik. Apa yang tampak kurang daripadanya ketika ini adalah konsistensinya dalam mengekalkan kualiti dalam satu-satu perlawanan.
“Mungkin ini ada kaitan dengan work rate serta peranan yang dimainkan oleh beliau dalam sistem permainan pasukan Kim Pan-gon,” jelasnya lanjut.
Selain dua pemain ini, mereka turut menyenaraikan Safawi Rasid, Faisal Halim dan Brendan Gan. Pembaca boleh ikuti siapa lagi yang tersenarai di artikel, ‘Gajah Perang Wajar Berhati-Hati Dengan Harimau Malaya‘.