Media Sosial Pahang FA Diserang ‘Bawang’ Dari Indonesia Kerana Saddil Ramdani

Gara-gara kerana enggan melepaskan bintang muda Indonesia, Saddil Ramdani ke latihan pusat skuad Indonesia Bawah 22 tahun (B-22) bagi menghadapi kejohanan Piala AFF B-22 minggu hadapan, laman instagram dan facebook rasmi Pahang FA kini menjadi sasaran untuk diserang oleh penyokong dari negara seberang itu.

Kejohanan Piala AFF B-22 akan bermula pada 17 Februari hingga 26 Februari 2019 dimana Malaysia berada satu kumpulan dengan Indonesia. Dua lagi negara yang menghuni kumpulan B itu ialah tuan rumah, Kemboja dan Myanmar.

Walaupun skuad garuda muda kehilangan dua tonggak utama iaitu Ezra Walian dan Egy Maulana Vikri yang turut tidak mendapat pelepasan daripada kelabnya, mereka tetap menuntut Pahang FA melepaskan Saddil Ramdani kerana mengesyaki ada unsur diskriminasi dan ketidakadilan.

Namun Pahang FA ada hak untuk tidak melepaskan pemain itu kerana kejohanan AFF B-22 bukan berada dalam kalendar FIFA dan mereka merupakan majikan utama Saddil Ramjani.

https://twitter.com/suryamalang/status/1095366018405347329

Menurut  laporan daripada Indosport, jurulatih skuad Indonesia B-22, Indra Sjafri bagaimanapun mempersoalkan tindakan skuad tok gajah melepaskan dua pemain muda (Kogileswaran dan R. Dinesh) ke kem latihan pusat skuad Malaysia B-22 tetapi tidak melepaskan Saddil.

Tiga pemain Pahang disenaraikan untuk menghadiri kem latihan pusat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, namun hanya dua pemain Pahang yang hadir dan seorang lagi pemain iaitu Faisal Halim tidak dilepaskan. Saddil merupakan tonggak utama skuad tok gajah.

Disebabkan keputusan itu, para netizen Indonesia bertindak melancarkan ‘perang’ ke atas akaun rasmi Pahang FA sambil meluahkan rasa tidak puas hati mereka di ruang komen.

Tinjauan kami di laman instagram rasmi Pahang FA mendapati ruang komen di bahagian gambar sesi latihan yang memaparkan kelibat Saddil Ramdani kini mencecah 10,000 komen dengan kata-kata kesat sambil diletakkan dengan hashtag #saddilfortimnas.

“Biarkan Saddil bela timnas Indonesia,” tulis @putraprdna_.

“Kasih Saddil kesempatan bela Timnas lah,” tulis @azka.njhn.

“Bebaskan sadil!” tulis @philipjella.

“Biarkan sadil membela timnasss .. Kenapaa pemain Malysia di perbolehkan …Takut indonesia makin bagus, wkwk,” tulis @fikramsetiawanudin.

“Kembalikan Saddil,” tulis @atha.yrn.

“Woy izinkan sadill ke timnas Indonesia,” tulis @rahmanfathur24_

Walaupun diserbu oleh ribuan netizen Indonesia, admin media sosial Pahang FA enggan memberi maklum balas dan tiada keperluan untuk mereka melayan penyokong garuda yang dilihat tidak waras.

Sementara itu, Saddil Ramdani melalui kenyataannya dalam Berita Harian hari ini mengakui selesa beraksi di Liga Malaysia (Liga M) terutama selepas membantu skuad Tok Gajah merekodkan dua kemenangan berturut-turut.

“Saya gembira menyarung jersi Pahang dan ini adalah kali pertama beraksi di luar negara. Dengan semangat berpasukan yang diterapkan dalam skuad Tok Gajah memberikan lebih keyakinan untuk memberikan yang terbaik.

“Beraksi di Malaysia mematangkan saya untuk menimba pengalaman selain membantu Pahang meraih kejuaraan.

“Beraksi di Liga M ini turut memberi motivasi dan sentiasa mendorong saya mempamerkan prestasi yang terbaik pada setiap perlawanan,” katanya.

Skuad Tok Gajah dijangka akan melepaskan beliau untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia bulan depan untuk saingan kelayakan AFC B-23.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN