Media Sosial Milik Patrick Kluivert ‘Dibanjiri’ Penyokong Indonesia

Bekas penyerang sensasi Belanda iaitu Patrick Kluivert kini sedang dibanjiri dengan komen-komen daripada peminat bola sepak Indonesia sebaik sahaja beliau dilaporkan bakal mengemudi pasukan kebangsaan tersebut.

Apa tidaknya, wartawan terkenal dunia iaitu Fabrizio Romano sebelum itu melaporkan Kluivert bakal memimpin pasukan kebangsaan Indonesia bagi menggantikan khidmat Shin Tae-yong.

“Patrick Kluivert telah menandatangani kontrak selaku ketua jurulatih terbaharu Indonesia dan segala urusan sudah selesai.

“2 tahun kontrak bersama 2 tahun pilihan dan bakal diperkenalkan pada 12 Januari ini di Indonesia. Sasaran beliau untuk membawa pasukan itu di pentas Kelayakan Piala Dunia,” ujar Romano.

Ianya jelas merupakan satu lagi kejutan tidak dijangka buat mana-mana peminat apabila Kluivert bakal mencipta penampilan selaku jurulatih di Asia buat julung kalinya.

Bekas penyerang sensasi Barcelona itu sebelum ini pernah mengendalikan beberapa kelab serta negara serta turut meraih satu kejuaraan sewaktu menjadi pengurus Jong Twente pada musim 2011-2012.

Memulakan karier kejurulatihan bersama AZ Alkmaar, pengendali berpengalaman itu mengembangkan lagi karier bersama beberapa kelab dengan bermula selaku pembantu pengurus sahaja.

Kluivert juga pernah mencipta kerjasama dengan pengurus berpengalaman seperti Ange Postecoglou ketika di Australia sewaktu mereka bersama-sama mengendalikan Brisbane Roar.

Sebelum menyertai Indonesia, beliau pernah mengendalikan Adana Demirspor di Turkiye sebelum kini memulakan karier sulung di Asia Tenggara bersama Sang Garuda.

Reputasi Kluivert selaku pemain dan pengurus itu menyaksikan beliau kini menjadi tumpuan utama peminat Indonesia yang sudah tidak sabar untuk melihat beliau menjalankan tugas sulung bermula 12 Januari tidak lama lagi.

Selain ucapan tahniah dan kata-kata positif, ada juga turut mempertikaikan jika Kluivert mampu memacu kejayaan Indonesia seperti pernah dilakar oleh Shin Tae-yong sebelum itu.

Apa tidaknya, Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir sendiri meletakkan sasaran kepada Kluivert untuk memastikan mereka ke pentas Piala Dunia.

“Sasaran utama kita adalah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2026. Di sini saya ingin menegaskan pasukan kebangsaan milik Indonesia dan bukan siapa-siapa.

“Sang Garuda bukan milik Erick Thohir, PSSI, atau jurulatih sekali pun. Ia milik Indonesia,” kata Erick dengan sangat tegas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN