Menjelang perlawanan suku akhir Piala FA pada Isnin depan, media Chelsea telah mengambil alih tugas untuk melancarkan perang saraf.
Chelsea sebelum ini terkenal dengan perang saraf ketika di bawah Mourinho. Namun di bawah Conte, pengendali Itali ini sangat tidak gemarkan perang saraf.
Conte pernah memberikan amaran agar pengurus lain tidak cuba memancing beliau dengan permainan perang saraf kerana dia sudah terlalu ‘tua’ ataupun sudah masak dengan benda seperti itu.
Sebelum ini Mourinho telah menggelarkan Chelsea adalah juara menunggu dan menembak Chelsea dengan tag pasukan defensif.
Dalam siaran rasmi di laman rasmi Chelsea semalam, pegawai media mereka nampaknya telah mengambil inisiatif untuk membalas perang saraf Mourinho.
Dalam previu perlawanan suku akhir Piala FA di antara Chelsea dan Manchester United, media rasmi Chelsea telah menulis:
‘Lawan (Chelsea) pada Isnin ini adalah pasukan yang sedang menikmati perjalanan tanpa kalah yang panjang di dalam liga sejak Oktober lalu.’
‘Ini telah membantu mereka naik dalam perjalanan dari tangga ke-6 ke tangga ke-6. Kali terakhir mereka tewas sudah pastilah dalam pertarungan di Stamford Bridge.’
‘Pedro menjaringkan gol pembukaan seawal 29.6 saat dalam kemenangan 4-0 dan kekal jaringan terpantas dalam liga musim ini.’
Perlawanan pada Isnin ini pastinya dinanti-nanti. Ia kepulangan kedua Mourinho ke Stamford Bridge sebagai lawan kepada Chelsea.
Dalam perlawanan sebelum ini, Mourinho agak berang dengan cara Conte meraikan gol-gol Chelsea. Mourinho berkata:
“Kalau gol pertama raikan sebegitu, OK. Tapi kalau dah gol ke-4, ia satu penghinaan kepada lawan.”
Conte juga panas dengan Mourinho dan berkata dia memang dari dahulu meraikan setiap gol pasukannya.
Baca juga: AFC Tunda Perlawanan Korea Utara vs. Malaysia, Tolak Cadangan Gelanggang Neutral