Media Indonesia Lapor Park Hang-seo Calon Pengarah Teknikal PSSI, Sedia Bantu Garuda Ke Piala Dunia

Park Hang Seo Shin Tae Yong Indonesia

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan menjadi salah seorang calon untuk mengisi jawatan pengarah teknikal Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), menurut sebuah siaran Youtube di negara berkenaan.

Menurut siaran Kreator Bola, Park Hang-seo dikatakan sedang dalam proses rundingan dengan PSSI dan disebut sedia untuk membantu Indonesia untuk layak ke saingan Piala Dunia 2026.

“Cari pekerjaan ke PSSI!!! Park Hang-seo nekad bantu Timnas Indonesia Lolos Piala Dunia –  Ini Buktinya,” tulis tajuk kandungan video tersebut yang sudah pun mendapat 48 ribu tontonan.

Bagaimanapun sepanjang tiga minit video tersebut, tiada sebarang sumber rujukan yang diberikan, sebaliknya hanya menyatakan hubungan baik yang pernah dimiliki Park Hang-seo dengan pengendali Indonesia, Shin Tae-yong.

Namun ketika saingan Piala AFF 2022 yang lalu, kedua-dua individu berkenaan dilihat ‘bermusuhan’ selepas enggan berjabat tangan selepas aksi separuh akhir yang berpihak kepada Vietnam.

Maka berita tersebut dianggap tidak sahih meskipun jurulatih berusia 65 tahun itu masih belum mengikat kontrak dengan mana-mana pasukan sejak meninggalkan skuad Naga Emas pada 31 Januari lalu.

Prestasi cemerlang Vietnam begitu ketara sejak mula dibimbing Park Hang-seo selepas mereka bukan sahaja menguasai rantau Asia Tenggara, malah turut berupaya bersaing dengan jaguh-jaguh dari benua Asia yang lain.

Vietnam kini sedang menduduki tangga ke-95 dalam ranking dunia FIFA, sementara Indonesia juga sedang giat memperbaiki kedudukan mereka selepas naik ke tangga ke-149 pada awal bulan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN