Indonesia bakal menghadapi cabaran Australia pada 20 Mac ini bagi aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya peringkat Kumpulan C di laman lawan, Stadium Allianz.
Ini juga bakal menjadi ujian getir buat pengendali baharu mereka yang dilantik iaitu Patrick Kluivert selepas beliau menggantikan khidmat Shin Tae-yong di pentas antarabangsa.
Pada aksi terdahulu, Sang Garuda berjaya meraih keputusan positif untuk mengikat seri Australia dengan tiada sebarang jaringan terhasil walaupun atas kertas secara dasarnya ramai menjangkakan Indonesia bakal tumbang.
Siapa kita? INDONESIA! pic.twitter.com/00APf9BgkB
— ERSPO (@erspoofficial) January 23, 2025
Menerusi kehadiran ramai pemain warisan serta naturalisasi baharu diperkenalkan, maka tumpuan lebih serius mula diberikan kepada salah satu negara dari Asia Tenggara itu.
Bagi aksi akan datang, dijangka Indonesia bakal memperkenalkan beberapa lagi pemain warisan dalam usaha mereka mencipta rekod untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 2026.
Jika Indonesia mampu meraih kemenangan, maka ia menjadi suatu titik perubahan positif buat pasukan tersebut bawah kendalian Patrick Kluivert menerusi sentuhannya.
Untuk aksi akan datang, media dari Indonesia iaitu Bola.com menyenaraikan empat pemain negara itu yang dijangka bakal menghadirkan rasa gerun kepada Australia menerusi reputasi serta kualiti dimiliki.
Ole Romeny
Ketika ini, Remeny beraksi di England bersama Oxford United dan membawa reputasi cukup baik daripada segi jumlah jaringan beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia bola sepak profesional.
Debut for this guy yesterday
— Oxford United (@OUFCOfficial) January 26, 2025
Beraksi di posisi sayap kanan, Remeny sudah pun meledak 41 gol daripada 195 perlawanan serta mencipta 15 bantuan jaringan bersama aksi menyakinkan.
Menurut perkongsian media di sana, Remeny mempunyai keupayaan tinggi mendapatkan gol dari pelbagai sudut serta memiliki kekuatan fizikal untuk memenangi perebutan bola.
Jairo Riedewald
Bekas pemain Crystal Palace ini mempunyai reputasi cukup tinggi di Eropah dalam pelbagai siri kejuaraan diharungi untuk menjadikan beliau kaya daripada segi pengalaman.
Stop that Jairo Riedewald! pic.twitter.com/Pw9Pxwepau
— Berita Sepakbola Dunia (@gilabola_ina) January 29, 2025
Dijangka pemain Australia bakal menghadapi kesukaran untuk melepasi beliau secara individu selain mengunci pergerakannya daripada mencipta sesuatu berbahaya di ruang serangan.
Kluivert sudah tentu akan menggunakan khidmat pemain ini untuk mengetuai posisi tengah Indonesia demi menghentikan penguasaan pasukan lawan.
Calvin Verdonk
Dianggap salah satu pertahanan paling digeruni lawan bagi saingan utama di Belanda kerana kekuatan fizikal serta bacaan bola beliau sangat tepat untuk menghentikan lawan.
Setakat ini, Verdonk menjadi pilihan utama pasukannya iaitu NIC Nijmegen dan hanya digantikan jika beliau mengalami kecederaan sahaja untuk menyaksikan beliau sangat ampuh bersama Sang Garuda.
Calvin Verdonk (27/DF/
) jalani laga ke 20 nya musim ini bersama NEC Nijmegen, ketika NEC menaklukan Fortuna Sittard 4-1 pada lanjutan Eredivisie musim 2024/25
Verdonk tampil apik selama 90 menit & ia berhasil catatkan gol perdananya musim ini lewat sepakan keras kaki kirinya. pic.twitter.com/C23wtS0nwk— Idn_abroad (@idn_abroad) January 19, 2025
Verdonk dikatakan bakal menjadi mimpi buruk buat Australia kerana keupayaan beliau selaku pertahanan serta memiliki kelebihan membantu serangan Indonesia.
Jay Idzes
Kereta kebal Indonesia ini tidak pernah hadir dengan aksi negatif di atas padang, apabila beliau sentiasa cemerlang membantu kubu pertahanan Sang Garuda di pentas antarabangsa.
Bersama Venezia, Idzes sudah pun menghadapi banyak penyerang berkelas dunia di atas padang dan ia bukan suatu masalah besar kepadanya untuk mengatasi pemain serangan dari Australia.
What a block! Jay Idzes!
#VeneziaInter pic.twitter.com/rnpjiiyW85
— Lega Serie A (@SerieA_EN) January 12, 2025
Kapten Indonesia ini sudah tentu akan diberi peranan selaku pertahanan tengah Indonesia untuk memastikan Australia gagal meraih sebarang peluang menghasilkan gol.