Media ‘Ceroi’ – Penyokong Kedah Mengamuk Servis Siaran Langsung Di Turkiye Sangat Teruk

Segelintir besar penyokong Kedah Darul Aman (Kedah) telah pun melaungkan rasa amarah serta tidak puas hati mengenai cara pengurusan media rasmi pasukan tersebut yang dianggap serba tidak kena.

Kemarahan penyokong Kedah bermula selepas siaran langsung berbayar yang dibuat oleh pihak media rasmi pasukan tersebut tidak dapat diakses, dan mendapat maklumbalas mengecewakan.

Ketika perlawanan membabitkan Kedah dan wakil kelab dari Uzbekistan iaitu FC Nasaf sudah pun berlangsung, sekelompok besar penyokong Sang Kenari masih lagi tidak mendapat akses menonton siaran langsung.

Jika ada yang dapat mengakses pun, hanya selepas beberapa minit perlawanan bermula dan masih ramai lagi tidak dapat menonton walaupun sudah selesai membuat pembayaran.

Keadaan ini jelas menjadi huru hara, dan jawapan balas daripada wakil media juga dianggap mengecewakan untuk diterima oleh para penyokong.

Ketika ditanya oleh salah seorang penyokong yang melanggan siaran langsung tersebut, jawapan yang diberi oleh wakil media Kedah ketika itu adalah, “Kena tanya orang Turkey saya taktau yang tu.”

Malah, khidmat servis siaran langsung dipamerkan juga sangat mengecewakan dengan kualiti video yang lemah serta dilihat sangat amatur untuk diterima para penyokong.

Jelas amukan penyokong Kedah bukan sahaja mengenai isu tidak dapat menonton siaran langsung tersebut, malah kualiti siaran langsung juga seolah kita kembali ke zaman semi pro.

Tinjauan komen yang ada di Facebook rasmi Kedah juga jelas menyaksikan para penyokong diamuk kemarahan, sehingga kepada memaksa para pegawai media pasukan letak jawatan.

Mengenai isu kualiti siaran langsung yang mengecewakan itu turut mendapat maklum balas daripada pemilik Kedah iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, selepas beliau sendiri mengalami kesukaran sama seperti para penyokong.

Disebabkan itu, Dr. Daud mengambil inisiatif untuk mengumumkan pembayaran siaran langsung ini akan dikembalikan kepada penyokong yang sudah melanggan sambil memohon kemaafan.

“Tentang siaran yang tidak memuaskan, pihak kami memohon kemaafan. Pihak media KDA FC telah mrmbuat notis pengumuman kepada mereka yang telah melanggan melalui KDATV.

“Mereka juga akan membuat notis pengumuman kepada semua penyokong tentang apa yang telah berlaku. Mereka juga perlu belajar dari kelemahan dan kegelinciran teknologi.

“Masing-masing ingin membuat yang terbaik. Namun, ada perkara baru yang belum diketahui. Dunia IT banyak cabaran.

“Apatahlagi berada jauh dari sarang dan kelengkapan serta tenaga kerja. Wang langganan anda yang tidak dapat masuk saluran akan dikembalikan.

“Terima kasih kepada semua yang sama-sama menonton. Saya pun tidak dapat saluran KDATV. Terpaka melanggan PPV,” jelas Dr. Daud menerusi media sosial rasmi beliau.

Apapun, semoga media rasmi Kedah dapat mempelajari sesuatu daripada peristiwa ini untuk mengambil lebih serius soal penyiaran siaran langsung.

Usaha yang dibuat mereka ketika ini wajar dipuji kerana mereka ingin terus berkembang, tetapi ianya perlu lebih realistik dan lebih serius supaya tidak menjadi bahan kecaman para penyokong sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN