Media Antarabangsa Kongsi Peranan Alistair Edwards Dan Visi TMJ Masyurkan JDT Kepada Dunia

Pada hari ini di mana-mana sahaja anda berbicara mengenai bola sepak kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menjadi sebutan dan topik utama perbincangan.

Di Liga Malaysia, JDT dikenali sebagai juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan dikenali di kalangan peminat bola sepak tanah air kerana mendominasi liga domestik sejak hampir 10 tahun yang lalu.

Dan buat masa ini, belum ada pasukan lain yang dilihat mampu menggugat kejaguhan pasukan dari selatan tanah air itu.

Di pentas Asia pula, JDT dianggap sebagai sebuah kelab bola sepak yang sedang berkembang pesat. Mereka tidak lagi menoleh ke belakang sejak berjaya menjadi juara Piala AFC 2015.

Sejak dari itu, JDT secara konsisten layak beraksi secara merit di AFC Champions League – pertandingan kelab-kelab elit Asia.

Dan pada hari ini skuad kendalian Benjamin Mora itu turut dikenali sebagai ‘the giant killers’ – selepas berjaya mengejutkan bekas juara ACL seperti Kashima Antlers, Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai baru-baru ini.

Jika direnung kembali, ia adalah pencapaian yang dianggap mustahil oleh peminat bola sepak tempatan sedekad yang lalu – tetapi kini menjadi kenyataan di JDT. Maka tidak hairanlah pencapaian JDT pada hari ini turut menarik perhatian The Guardian, salah sebuah media terkemuka yang berpengkalan di UK.

Antara individu penting di sebalik tabir yang dikatakan telah mengangkat nama JDT seperti pada hari ini selain daripada pemilik kelab, tidak lain dan tidak bukan adalah Alistair Edwards, bekas pemain dan merupakah Pengarah Teknikal kelab pada hari ini.

JDT tarik perhatian The Guardian

Bagi The Guardian, nama JDT bukans sahaja gah di dalam negara dan di rantau Asia.

Malah menurut Paul Williams – penulis artikel tersebut – JDT juga adalah sebuah kelab berstatus super club – berdasarkan bagaimana kelab itu telah ditransformasikan sejak sedekad yang lalu.

Semua perkara di JDT dilakukan dengan penuh bergaya dan dalam kelas tersendiri. Daripada pengenalan pemain dengan limusin dan kereta mewah, latihan pra musim di Dubai, dan tidak ketinggalan turut menjadi perhatian adalah lagu tema Pionner yang menampilkan artis antarabangsa seperti Snoop Dog.

Turut tidak ketinggalan dicoret oleh Williams adalah Cristiano Ronaldo dan hubungan baik ikon bola sepak dunia itu dengan pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sebagai pemilik JDT.

Peranan Alistair dan visi TMJ

Menurut artikel tersebut, apa yang dicapai oleh JDT pada hari ini adalah kerana adanya TMJ dan Alistair Edwards yang terlibat secara langsung merevolusikan bola sepak di Johor.

TMJ disifatkan sebagai individu yang mempunyai pelan dan dana untuk berbuat demikian [mengubah bola sepak di Johor].

Dan antara individu pertama yang dibawa masuk oleh TMJ untuk melaksanakan visinya ialah Alistair.

“Kerana apabila Baginda [TMJ] bercakap mengenai apa yang mahu dilakukan, seperti mendominasi bola sepak Malaysia, membina infrastruktur terbaik di Asia, bertanding di AFC Champions League; apabila anda melihat pasukan di Malaysia, bermain di Champions League bukannya perkara yang biasa dilakukan sebelum ini,” kata Alistair.

“Apabila saya berada di sini pada 1990 an, tidak banyak perubahan berlaku dari segi bola sepak. Semuanya kekal sam. Cara ia diurus, dan segalanya [masih sama].

“Ia tidak bergerak [ke hadapan]. Tetapi TMJ mula menggerakkannya. Jadi apabila Baginda mula menjelaskan kepada saya pelan dimilikinya, ia kelihatan amat mengagumkan.”

TMJ dan Alistair Edwards ibarat gandingan yang cukup kukuh membentuk tunjang belakang JDT sejak dari awalnya. Dan pemilik JDT itu juga mempunyai pendapat mengenai Alsitair.

“Beliau adalah seorang legenda bola sepak di Johor,” titah TMJ.

“Dan beliau telah menyumbang banyak kepada sistem [di JDT] sejak sekian lama, sebagai pemain dan kini sebagai Pengarah Teknikal kelab.

“Keberadaannya [Alistair] telah menjadi inspirasi kepada ramai orang muda di dalam kelab untuk melakukan yang terbaik.

“Sebagai seorang Pengarah Teknikal, beliau adalah tunjang kepada program pembangunan yang memberi fokus kepada akademi JDT yang kini memberikan hasil yang baik sejak beberapa tahun lalu.”

Kejayaan di JDT

Artikel oleh The Guardian bukan sahaja melaporkan kejayaan daripada segi trofi yang telah diraih oleh JDT selama ini.

Williams turut kagum bagaimana kelab itu mengubah Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menjadi sebuah stadium terbaik di rantai Asia sehinggalah kepada pembinaan Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi lambang kebanggaan baharu kelab itu.

Arif Aiman JDT 2021 ACL pemain tempatan Cabrera
FOTO: JST

Kejayaan JDT di saingan peringkat kumpulan ACL 2022 membelasah Guangzhou FC 5-0 dan kemenangan 2-1 ke atas Ulsan Hyundai turut menarik perhatian penulis The Guardian itu.

Turut dikongsikan oleh Alistair kepada Williams adalah bagaimana pemain sayap berusia 19 tahun, Arif Aiman mulai menyertai JDT di peringkat akademi sehingga menembusi skuad utama Harimau Selatan – dan menjadi pemain terbaik JDT pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN