Media Antarabangsa ‘Berat Sebelah’ – Tuduh Penyokong Amsterdam Serang Hooligan Israel

Media antarabangsa nampaknya terus menegakkan benang yang basah walaupun dalam dunia bola sepak profesional, dengan terbaharu mereka dilihat mempertahankan rejim Zionis Israel pula.

Terdahulu, gempar dalam dunia bola sepak di Eropah apabila sekumpulan Hooligan Israel yang juga merupakan penyokong kelab Maccabi Tel Aviv diserang serta dipukul secara beramai-ramai oleh penduduk setempat Amsterdam.

Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja aksi membabitkan kelab itu tamat selepas mereka tewas kepada Ajax Amsterdam dalam saingan UEFA Europa League (UEL) 2024/2025 baru ini.

Cetusan api kemarahan penyokong Ajax Amsterdam bermula selepas penyokong Maccabi bertindak kurang ajar ketika acara penghormatan kepada mangsa banjir Valencia selama satu minit sebelum perlawanan bermula di stadium.

Penyokong Maccabi bertindak seperti monyet kelaparan apabila mereka membuat kekecohan serta bising ketika semua yang lain di stadium tersebut senyap memberi penghormatan.

Tidak cukup dengan membuat bising, mereka juga bertindak biadab bersama nyanyian beramai-ramai berunsurkan perkauman kepada bangsa Arab.

Tidak tahan maruah mereka seolah dipijak di laman sendiri, kumpulan Hooligan Ajax yang terdiri daripada orang Maghribi mula bertindak balas dengan melakukan serangan kepada penyokong Maccabi sebaik sahaja keluar dari stadium.

Menerusi beberapa kekecohan di luar stadium, kebanyakan penyokong Maccabi yang pada awalnya bertindak samseng seolah-seolah bertukar jantina apabila mereka menjerit serta bertempiaran lari selepas dipukul secara beramai-ramai.

Cetusan api kemarahan penyokong Ajax sebenarnya mula berlaku sejak awal lagi selepas Hooligan Maccabi bertindak kurang ajar sebelum perlawanan apabila mereka telah melakukan kerosakan di sekitar bandar Amsterdam.

Persis monyet tidak berakal, mereka turut mengoyakkan bendera Palestin yang telah digantung pada bangunan sekitar bandar tersebut serta menimbulkan pelbagai lagi provokasi.

Namun, kenyataan media di luar negara boleh dianggap cukup berat sebelah serta menampilkan fakta palsu apabila mereka seolah menyatakan penyokong Maccabi telah menjadi mangsa kekejaman peminat Amsterdam.

Tinjauan dibuat kami juga menunjukkan beberapa laporan yang asalnya tepat telah pun dipadam atau ditukar dengan memberi gambaran berbeza berbanding situasi sebenar.

Walaupun begitu, masih ramai peminat di luar sana termasuk kita menyedari hakikat sebenar perkara itu dan kami setuju dengan apa dilakukan oleh Hooligan Ajax untuk memberi pengajaran berguna kepada penyokong Maccabi supaya menjadi manusia daripada terus mengikut telunjuk monyet pada akal.

Malah, ada media tempatan sana yang diwakili wartawan muda Belanda, Bender turut merakam serta membuat ulasan sebenar mengenai situasi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN