McManaman: Liverpool Mampu Julang Kejuaraan EPL Dan UCL Musim Ini

McManaman Liverpool

Bekas pemain Liverpool dan Real Madrid, Steve McManaman menegaskan bahawa The Reds mampu untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini sekiranya skuad kendalian Jurgen Klopp itu dapat mengelakkan kecederaan panjang pemain-pemain mereka.

Meskipun baharu sahaja memasuki 12 perlawanan liga musim ini, Liverpool kini menghuni tangga kedua selepas terikat 25 mata dengan pendahulu, Tottenham Hotspur yang hanya memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Kedudukan teratas itu mampu dirampas Liverpool sekiranya Jordan Henderson dan rakan sepasukannya berjaya menundukkan Spurs pada aksi yang bakal berlangsung di Anfield, awal pagi Khamis ini. Manakala dalam saingan UCL pula, kelab Merseyside mara ke peringkat 16 selaku juara kumpulan D dan telah diundi bertemu wakil Jerman, RB Leipzig.

Melihatkan kepada perkembangan tersebut, McManaman yang beraksi selama sembilan musim bersama Liverpool sebelum berhijrah ke Real Madrid dan Manchester City melihat ada peluang buat The Reds untuk melakar kejayaan muncul juara dua kejuaraan tersebut.

”Bolehkah Liverpool mengekalkan kejuaraan di England [EPL] pada tahun ini? Ya, mereka boleh melakukannya. Bolehkah juga mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan melakukan kejuaraan ‘double’?”

”Ia tidak mustahil untuk dicapai, tetapi kita semua tahu bahawa ia sangat sukar untuk dilakukan,” ujar McManaman menurut laporan Goal.

”Apabila anda bermain untuk pasukan besar, tugasan anda adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris atau Liga Juara-Juara Eropah.”

”Liverpool telah melakukannya beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi pasukan terbesar dan kelab terbaik bermula dengan kejayaan seperti itu dan melakukannya lagi dan lagi.”

”Banyak perkara yang bakal terjadi lagi buat Liverpool adalah bergantung kepada adakah mereka akan dirundung masalah kecederaan lagi,” tambah McManaman lagi.

Kredit featured image: Phil Noble – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool:

David James: Liverpool Lebih Baik Tanpa Mohamed Salah

5 Pemain Pertahanan Yang Liverpool Patut Beli Januari Ini

Naby Keita Tambah Senarai Kecederaan Liverpool, Tapi Salah Kembali Jalani Latihan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN