Pagi tadi, kami ada melaporkan mengenai tindakan bekas penyerang Kelantan iaitu Blazhe Ilijoski meminta agar pihak Kelantan membayar tunggakan gaji beliau di laman Instagram Kelantan.
Kami siarkan balik untuk tatapan anda.
Sekali lagi, bekas pemain Kelantan mendesak di laman sosial agar isu ini diselesaikan segera oleh pihak Kelantan.
Dan sekali lagi ia mendapat perhatian pihak berkuasa.
Sistem gagal
Bekas pertahanan Kelantan iaitu Jonanthan McKain sekali lagi menggunakan Twitter dengan mempersoal tindakan Kelantan yang baru-baru ini mendapatkan pemain baharu.
Kelantan baru-baru ini mendapatkan Abou Bakr Al-Mel dan juga L’Imam Seydi untuk memperkuatkan pasukan selepas pemergian Mohammed Ghaddar ke JDT.
McKain di Twitter nyata pelik macam mana Kelantan boleh mengambil pemain baharu sedangkan mereka ada masalah tunggakan gaji.
“Sukar nak percaya. Macam mana KAFA dibenarkan untuk terus membeli pemain baharu tanpa menyelesaikan hutang lama.”
“Ini tindakan yang tidak sopan dan salah.”
McKain turut menggunakan hashtag #PayYourDebts (Bayar Hutang Anda) di Twitter untuk isu ini.
This is unbelievable. How KAFA are allowed to continue signing players without paying old debts is disrespectful and wrong. #PayYourDebts https://t.co/ibVASkz31R
— Jonny McKain (@JonnyMcKain) May 27, 2017
Tweet McKain itu memperoleh perhatian akaun Twitter FIFPro.
FIFPro juga tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Mereka mempersoalkan pihak FAM mengapa perkara ini boleh terjadi.
FIFPro juga merasakan yang sistem yang digunakan oleh FAM adalah satu sistem yang gagal.
“Ini perkara yang memalukan, FAM. Satu dari banyak pemain yang telah ditipu.”
“Sistem ini satu kegagalan. Minta PFA Malaysia ambil berat hal ini.”
This is shameful, @FAM_Malaysia. One of many players who's been cheated. System failure. @pfamalaysia on the case. https://t.co/pI2hdfakET
— FIFPRO (@FIFPRO) May 27, 2017
Sampai bila hendak jadi begini?