Penyokong Liverpool Buat #Mbappe2020 Trending

Selepas Liverpool berjaya mendapatkan perjanjian jersi bersama-sama dengan Nike secara rasminya tempoh hari, penyokong mereka sekali lagi telah melancarkan kempen #Mbappe2020.

Tanda pagar yang dilakukan di media sosial itu adalah kerana pasukan tersebut dikaitkan dengan perpindahan dengan bintang Perancis tersebut.

Dan ianyalah telah bermula sejak kes melibatkan Nike, New Balance dan Liverpool di mahkamah tempoh hari di mana penyokong The Reds membayangkan Kylian Mbappe dan Jadon Sancho bakal dipancing kelab itu.

Beberapa penyokong Liverpool di Twitter kelihatan begitu yakin situasi ini akan menjadi realiti kelak.

Malah, laman Twitter pemain itu sendiri telah pun diserang dengan tanda pagar itu dalam ciapan Mbappe yang dipilih sebagai Team of the Year oleh EA Sports untuk siri FIFA 20.

Malah ianya turut berada di mana-mana termasuk dengan Twitter Sky Sports!

https://twitter.com/Alanjcoffey/status/1214659405263839232

Perkara ini bermula selepas tular gambar Mbappe bersama-sama bintang bola keranjang, LeBron James sewaktu di Amerika Syarikat satu masa dahulu.

Untuk pengetahuan, James merupakan salah seorang pemilik saham di Liverpool namun bukanlah pemegang majoriti.

Kini, #Mbappe2020 bukan sahaja dikuasai oleh penyokong Liverpool tetapi Manchester City yang mengharapkan pemain itu datang ke Etihad Stadium.

Hal ini berlaku selepas harga minyak dunia naik sebanyak 4%.

https://twitter.com/FreddiePye_/status/1214701800303054850

https://twitter.com/jthompsonmcfc/status/1214701927751200769

Ke mana juga Mbappe akan pergi selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN