Perlawanan Ligue 1 di antara PSG dan Lyon antara yang menjadi tumpuan. 2 nama besar di Perancis itu berentap kota Paris.
Namun keputusan akhir memihak kepada PSG dengan kemenangan besar 5-0.
Kemenangan yang menjadikan PSG kini sebagai pasukan Ligue 1 pertama menang 9 perlawanan liga yang pertama secara berturut-turut ataupun rekod kemenangan 100% selepas 9 perlawanan.
Mereka sudah menjaringkan 32 gol dan bolos hanya 6 kali di Ligue 1 setakat ini.
PSG are the first team to ever start a Ligue 1 season with nine consecutive wins 💯 pic.twitter.com/KLkBcD2r9v
— B/R Football (@brfootball) October 7, 2018
Bintang muda Perancis, Kylian Mbappe menjadi watak penting dalam kemenangan PSG ini. Aksi cemerlang PSG dimulakan oleh Neymar yang membuka tirai jaringan pada minit ke-9 daripada sepakan penalti.
Separuh masa pertama kedua-dua pasukan kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang. Kipembe dibuang padang selepas tinjauan semual menerusi VAR.
Tousart pula dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas faul ke atas Kylian Mbappe.
Pada separuh masa kedua, Kylian Mbappe mengganas dengan melakukan 4 gol dalam masa 13 minit.
Ianya bermula daripada gol minit ke-61 dikuti oleh gol pada minit ke-66,69 dan ke-74.
Beliau juga merekodkan hatrik pertama untuk PSG di dalam kariernya.
https://twitter.com/UNILADFooty/status/1049066780151504901
Dengan kekalahan ini, Lyon kini dijarakkan 13 mata daripada PSG yang berada di puncak liga. Manakala PSG yang dibimbing Thomas Tuchel kini dalam landasan terbaik untuk menjuarai Ligue 1 buat kali ke-7 berturut-turut.