Mbappe Rasakan Beliau Lebih Berhak Daripada Messi Untuk Ballon D’Or

Kylian Mbappe merasakan beliau berhak berada dalam senarai 4 calon teratas untuk Ballon d’Or bersama-sama dengan 3 lagi pemain Real Madrid.

Menurut Mbappe Raphael Varane, Luka Modric, Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan beliau sendiri adalah 4 calon utama.

Mbappe merasakan Lionel Messi tidak berhak berada di 4 teratas berbanding dengan dirinya. Tiada juga nama Neymar dalam senarai beliau kali ini.

Mbappe menjadi pemain penting Perancis ketika menjuarai Piala Dunia 2018 dan beliau memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2018. Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia milik Luka Modric.

Mbappe juga membantu PSG menjuarai Ligue 1 musim ini dan beliau merasakan ianya adalah cv yang sangat kuat untuk menyokong kenapa beliau berhak untuk memenangi Ballon d’Or.

Ballon d’Or telah didominasi oleh Ronaldo dan Messi sejak sedekad lalu. Beliau berkata kepada wartawan di Perancis.

“Ada 4 calon pilihan utama untuk memnangi Anugerah ini iaitu Raphael Varane, Luka Modric, Cristiano Ronaldo, Luka Modric dan seorang lagi adalah saya sendiri.”

Ditanya tentang faktor kejayaan beliau bersama Perancis dalam Piala Dunia, ini jawapan Mbappe:

“Anda harus jujur. Pertama kali, saya merasakan kami harus memenangi sesuatu pada suatu ketika dahulu (Euro 2016).”

“Daripada awal lagi saya yakin yang kami ada segalanya untuk pergi ke garisan penamat. Saya sendiri pernah katakan hal ini sebelum Piala Dunia bermula.”

MOSCOW, RUSSIA – JULY 15: Kylian Mbappe of France celebrates with the World Cup Trophy following his sides victory in the 2018 FIFA World Cup Final between France and Croatia at Luzhniki Stadium on July 15, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

“Namun ada sesetengah orang menyatakan ia adalah kata-kata yang agak angkuh, sedangkan saya bercakap atas dasar keyakinan.”

“Saya datang untuk memenangi Piala Dunia dan berjaya pulang dengan membawanya. Saya telah memprogram diri saya untuk memenanginya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN