AS Monaco Berang, Kelab Luar Cuba Pancing Mbappe Guna Pintu Belakang

Kelab Perancis, AS Monaco merupakan antara kelab yang sering dikunjungi oleh kelab-kelab utama Eropah.

Dek kerana persembahan cemerlang para pemain mereka musim ini, kelab-kelab utama Eropah nyata tertarik ingin dapatkan barisan pemain AS Monaco.

Antara yang menjadi tumpuan adalah penyerang muda – Kylian Mbappe.

Pelbagai kelab utama di Eropah mahukan khidmat beliau dengan pelbagai gosip perpindahan dengan jumlah ratusan juta Euro dicanang di media.

Walaupun begitu, AS Monaco kini tidak dapat tahan lagi tindakan beberapa buah kelab yang dikatakan cuba untuk mendapatkan Mbappe melalui pintu belakang.

Menurut juara Ligue 1 itu, terdapat beberapa kelab utama Eropah dikatakan telah menggunakan cara tersebut dengan menurut sumber salah satu kelab tersebut adalah Manchester City.

Manchester City dikatakan menjadi salah sebuah kelab yang cuba mendapatkan Mbappe dengan cara begitu, namun kelab tersebut tidak memberikan sebarang respon mengenainya.

AS Monaco dijangka mahu memanjangkan hal ini kepada pihak FIFA dan juga Ligue 1 diatas apa yang berlaku.

Hal ini kerana, kelab-kelab tersebut telah melanggar peraturan kerana tidak mendapatkan kebenaran kelab untuk berbincang dengan pemain mereka.

Sebelum ini, AS Monaco dan Manchester City sudah melakukan urus niaga sesama mereka dengan pembelian Bernardo Silva bernilai £43 juta.

Mereka juga dalam perancangan untuk mendapatkan Benjamin Mendy dari kelab yang sama.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Kylian Mbappe: Monaco accuse clubs of making illegal approaches for striker; http://www.bbc.com/sport/football/40673053

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN